Tealive merupakan jenama minuman lazat yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Namun, pengalaman menikmati minuman ini telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi seorang pelanggan apabila dia menemui seekor cicak di dalam minumannya!

Gara-gara penemuan yang mengerikan itu, pelanggan bernama Hasler Hoho ini bertindak memuat naik satu entri di akaun Facebook miliknya pada 10 Februari lalu bagi menceritakan mengenai kejadian berkenaan.

“Pesan minuman teh susu klasik dengan pearl Tealive di cawangan Bukit Jalil. Sambil menyedut minuman, saya merasa sesuatu yang aneh di dalam mulut saya. Saya merasa dengan lidah dan ia seperti jeli yang panjang. Pearl sepatutnya berbentuk bulat jadi saya keluarkannya dan mendapati  ia adalah seekor anak cicak!!”

Kejadian ini benar-benar mengejutkannya terutamanya apabila didapati ekor cicak yang ditemui di dalam mulutnya itu sudah hilang!!!

Facebook/Hasler Hoho

Berikutan itu, Hasler memutuskan untuk mengajukan perkara ini kepada pihak Tealive. Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings iaitu Bryan Loo yang memiliki syarikat cawangan Tealive berjanji mengambil tindakan segera bagi menyiasat mengenai kesahihan insiden tersebut.

Akan tetapi, setelah siasatan dilakukan, Bryan Loo mendapati dakwaan Hasler mengenai penemuan cicak di dalam minumannya itu adalah satu tuduhan yang tidak sahih!

Bryan Loo The Entrepreneur

Menurut pihak pengurusan Tealive, kejadian ini telah berlaku kira-kira tiga minggu lalu dan pelanggan berkenaan (Hasler) telah meminta wang pampasan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, tuntutan yang dibuat oleh Hasler tidak dapat dipenuhi kerana setelah siasatan dilakukan, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan cicak berkenaan berada di dalam minuman tersebut.

Pictame

Menurut Bryan, “Kami telah menapis rakaman CCTV dari cawangan tersebut tetapi tiada satu bukti yang menunjukkan insiden ini sahih.”

Menerusi perbualan di dalam aplikasi WhatsApp antara pihak Tealive bersama Hasler, Hasler menyatakan akan menyebarkan kejadian ini di Facebook sekiranya tuntutan pampasannya tidak dipenuhi.

“Dia menyatakan bahawa jika pampasan itu tidak adil mengikut tuntutannya, dia berhak melakukan apa jua keputusan mengenai perkara itu.”

Bryan bagaimanapun telah menawarkan pampasan di dalam bentuk baucar dan juga pembiayaian segala rawatan perubatan yang diperlukan. Jelasnya, pemberian wang pampasan secara tunai tidak boleh diberikan berikutan kekurangan bukti yang nyata.

GreatDaily

Nampaknya, Hasler tidak berpuas hati lalu mengambil keputusan untuk menyebarkan kejadian ini kepada media sosial. Sementara itu, pihak The Star telah menghubungi pelanggan terbabit bagi mendapatkan kenyataannya. Bagaimanapun, pelanggan tersebut hanya memberikan maklum balas ini:

“Saya tidak boleh beri sebarang komen. Saya sudah melantik peguam untuk melindungi diri saya daripada sebarang tuduhan.”

Apa pun, diharap agar segala permasalahan dan kebenaran mengenai tragedi ini akan terungkai tidak lama lagi.

Sumber: Facebook/Hasler HohoThe Star

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 10 seconds