Pesona, VIDEO

Pasangan pelancong melihat singa membawa ‘sesuatu yang pelik’ di mulut… terkejut dengan apa yang mereka saksikan selepas itu

Pasangan pelancong melihat singa membawa ‘sesuatu yang pelik’ di mulut… terkejut dengan apa yang mereka saksikan selepas itu

Semasa di safari Afrika Selatan, ada satu pasangan terlihat situasi yang sangat mengagumkan.

Daripada makan anak kijang yang baru lahir tersebut, naluri ibu telah mengambil alih sifat seekor singa. Ia sebaliknya melindungi dan menjaga anak kijang tersebut daripada pemangsa yang berada berdekatan.

Kredit: Graeme Mitchley

Graeme Mitchley, 45, dan isterinya suka berkunjung ke Taman Negara Kruger di Afrika Selatan. Terdapat kira-kira 1,800 ekor singa yang tinggal di taman itu. Pada suatu hari, semasa di safari, mereka tidak melihat sebarang singa sepanjang hari sehingga sesuatu yang luar biasa berlaku.

“Saya bertanya kepada isteri saya bahawa saya ingin mengetahui di mana mereka semua berada,” kata Mitchley. “Beberapa minit kemudian, tiba-tiba muncul seekor singa keluar daripada semak berdekatan dengan sesuatu di mulutnya.”

Apabila singa itu semakin dekat, mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat.

Singa betina tersebut tidak membawa anak kecilnya atau makanan di mulutnya, ia adalah seekor anak kijang yang masih hidup dan singa betina itu membawanya seperti anaknya sendiri!

Kredit: Graeme Mitchley

“Kami sering melawat Kruger tetapi ini adalah sesuatu yang tidak biasa dilihat oleh kami berdua,” kata Mitchley. “Itu sebabnya Taman Negara Kruger adalah tempat terbaik di Bumi, anda akan temui sesuatu yang jarang anda lihat.”

Kredit: Graeme Mitchley

Semasa mereka memerhatikan situasi yang luar biasa tersebut,mereka melihat pemangsa yang berada berdekatan sedang menunggu untuk merampas anak kijang yang baru lahir tersebut.

Kredit: Graeme Mitchley

Kredit: Graeme Mitchley

Situasi seperti ini sangat jarang berlaku! Malah, singa merupakan raja di hutan, dan mereka juga berada di puncak rantaian makanan. Oleh itu, ia seperti menentang hukum alam, anak kijang tersebut sepatutnya dianggap sebagai makanan bagi seekor singa.

Kredit: Graeme Mitchley

Kredit: Graeme Mitchley

Tonton situasi yang luar biasa ini di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...