Aneh, Ria, VIDEO

Mengagumkan! Tindakan kucing liar menunjukkan jalan kepada 2 orang yang sesat di hutan

Mengagumkan! Tindakan kucing liar menunjukkan jalan kepada 2 orang yang sesat di hutan

Bayangkan kita pergi ke tempat asing dimana suasana tempat itu berubah ketika waktu malam berbanding waktu siang. Tidak cukup dengan itu, bateri telefon ataupun isyarat telefon adalah terhad dan berlaku pada kawasan hutan. Dalam situasi ini perasaan panik dan seram pasti akan menguasai diri kita.

Situasi ini adalah hampir sama dengan situasi di atas, apabila dua orang warga jepun telah sesat ketika bersiar-siar memasuki kawasan hutan pada waktu malam hanya berpandukan isyarat GPS. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila GPS mereka hilang isyarat.

Namun seekor kucing tiba-tiba muncul berjalan ke depan kereta seolah-oleh menunjukkan mereka bahawa ia tahu ke arah jalan keluar.

Mereka pada mulanya menyangka kucing itu hanya bersiar-siar pada waktu malam disebabkan tidak mempunyai pilihan selain mencuba mengekori kucing tersebut.

Amat mengejutkan kerana sepanjang perjalanan, kucing itu berjalan pada laluan jalan sahaja dan tidak memasuki kawasan rumput mahupun hutan, ini meyakinkan mereka bahawa mereka harus mengikuti kucing tersebut.

Setelah sekian berpandukan kucing tersebut, mereka akhirnya menjumpai jalan keluar hasil daripada panduan kucing tersebut. Sebelum mereka beredar, mereka mengucapkan terima kasih dan syukur kepada kucing comel tersebut.

 

Kategori:Aneh Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...