Tidak ada salahnya membawa anak-anak untuk bermandi-manda di tempat awam, bermain air pancut dan biarkan mereka bermain dengan kawan-kawan baru yang mereka jumpa di sana. Tetapi sebagai ibu bapa atau mereka yang lebih tua jangan sesekali terlepas pandang akan apa yang dilakukan mereka di tempat awam kerana bahaya ada di mana-mana!

Malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak perempuan dari Mexico ini apabila dia menjadi mangsa air pancut yang begitu kuat sehingga membuatkan dia mengalami ‘kemalangan’ yang cukup mengejutkan.

Pada awalnya tiada yang tidak kena dengan air pancut itu, semuanya nampak normal seperti biasa.

Melihat akan air pancut seperti itu pasti membuatkan kanak-kanak teruja untuk bermain di situ. Tetapi sebaik sahaja kanak-kanak ini melangkah mendekati sumber air pancut itu, entah bagaimana air pancut itu keluar itu dengan begitu kuat dan terkena akan budak perempuan itu sehingga membuatkannya terpelanting sebelum jatuh.

Mungkin ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang melucukan, tetapi kanak-kanak itu pasti mengalami kejutan atau lebih teruk jika kejadian itu boleh meninggalkan trauma buatnya.

Pada awalnya semuanya nampak biasa, air pancut keluar perlahan dan membuatkan kanak-kanak mula menghampiri air pancut itu

 

Seorang kanak-kanak perempuan nampaknya begitu teruja dengan air pancut itu. Dia pantas melangkah ke situ untuk bermain air tersebut.

Entah bagaimana air pancut itu keluar dengan kuat secara tiba-tiba. Budak perempuan itu tidak sempat untuk mengelak dan dia terpelanting ke udara sebelum jatuh semula ke tanah.

Tonton video di bawah:

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds