Bayangkan anda telah melakukan dua bulan perancangan untuk ke luar negara, semuanya telah disediakan, tiket kapal terbang, passport, kamera, duit, semuanya tetapi tiba-tiba anda ‘tersekat’ di lapangan terbang kerana tungakan hutang PTPTN. Bukankah semua itu sangat mengecewakan?

Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, jangan tangguh untuk bayar semula PTPTN!

Baru-baru ini, Maukerja Malaysia telah berkongsi cara-cara untuk ‘membuang’ nama anda yang telah disenarai hitam oleh PTPTN di Facebook rasmi mereka dan status itu telah dikongsikan lebih daripada 16,000 kali.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuang nama anda daripada senarai hitam PTPTN:

1. Semak status perjalanan anda di laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan jika keluar ayat “SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN”, itu bermakna anda sudah di ‘block’.

2. Semak jumlah tunggakan hutang yang perlu dibayar

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Setelah itu anda perlu buka laman web PTPTN dan cari “SEMAKAN PENYATA PINJAMAN”.

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Anda perlu masukkan IC dan akan keluar pautan “PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH”. Tekan pautan tersebut serta-merta.

Seterusnya, anda hanya perlu semak jumlah di bahagian baki.

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Bila sudah masuk ke akaun anda, semak di bahagian PENYATA BAKI.

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Dari penyata tersebut anda akan tahu jumlah tunggakan anda. Anda wajib membayar jumlah tunggakan tersebut untuk menghapuskan nama anda daripada senarai hitam tersebut.

Mungkin ada yang tidak mampu membayar penuh, jadi anda boleh berbincang dengan pihak PTPTN dan kebanyakannya boleh membayar sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah tunggakan.

3. Beralih pula kepada langkah untuk membuat pembayaran. Dengan menggunakan perbankan atas talian, Maybank2u adalah cara termudah untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Anda hanya perlu masuk ke akaun dan pergi ke “BILL PAYMENT”.

Tekan pada “MAKE A ONE OFF PAYMENT”.

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Pilih “EDUCATION & EDUCATION LOANS”

Seterusnya ialah memilih PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Sumber: Facebook | Maukerja Malaysia

Seterusnya ialah membuat pembayaran. Diingatkan sekali lagi, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 25% dari nilai tunggakan atau nilai yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Mudah bukan? Tetapi bukankah lebih baik jika anda tidak menangguh untuk untuk membayar hutang PTPTN kerana ia adalah tanggungjawab anda.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds