Perpindahan boleh berlaku sama ada dalam kalangan manusia mahupun haiwan. Perpindahan yang berlaku dalam kalangan manusia biasanya melibatkan beberapa faktor penting seperti pekerjaan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Bagi haiwan pula, kehidupan berpindah-randah ini juga boleh terjadi atas banyak sebab. Antaranya untuk mencari kawasan lain dengan sumber makanan yang banyak, menjamin keselesaan bayi dan juga mengelakkan ancaman luar.

Misalnya ibu tupai ini yang dilihat sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memindahkan ketiga-tiga anaknya ke pokok lain yang berada di seberang jalan raya.

Dalam video pendek di bawah, diperhatikan ibu tupai berulang-alik mengendong bayinya untuk dibawa ke rumah baharu mereka.

Peristiwa ini berjaya dirakamkan oleh seorang wanita yang kelihatan agak teruja menyaksikan kegigihan si ibu tupai.

Namun, seperti yang kita semua tahu, proses pemindahan bukanlah satu proses yang mudah terutamanya bagi ibu tupai ini yang terpaksa turun naik pokok sambil membawa anaknya dengan selamat.

Keletihan yang dilalui si ibu tupai jelas terlihat apabila dia cuba untuk merehatkan diri dengan cara yang amat comel dan menghiburkan.

Ibu tupai ini nampaknya mahu berehat seketika akibat keletihan dengan meniarap di atas pembahagi jalan buat sementara waktu sebelum meneruskan tugas perpindahan.

Gelagat yang sungguh melucukan. Walaupun begitu, kita yang melihatnya pasti memahami kepayahan yang perlu ditanggung oleh si ibu tupai.

Tonton videonya di bawah.

Sumber: The Dodo

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds