Jepun merupakan negara contoh yang tidak pernah gagal menunjukkan bangsanya yang kuat dan tabah. Lebih kuat dari bangunan pencakar langitnya yang dapat bertahan dengan gegaran gempa bumi setiap tahun.

Selepas gempa bumi Tohoku dan bencana tsunami Fukushima pada tahun 2011, Jepun telah mengalami masa suram terburuk dan amat terkesan dengan kemusnahan dan kehilangan ribuan nyawa yang disebabkan olehnya. Enam tahun selepas itu, Jepun telah bangkit dan pulih semula.

Seorang artis Jepun yang menghasilkan karya seni lukisan menggunakan pen dan dakwat bernama Manabu Ikeda juga mengalami proses kebangkitan yang sama apabila telah berjaya menyiapkan karya seni teragungnya yang dikenali sebagai ‘Rebirth’.

Manabu Ikeda memulakan projek ini di sebuah studio di Muzium Seni Chazen di Madison, Wisconsin, pada bulan Julai 2013 dan sejak itu beliau telah menghabiskan masa selama 10 jam sehari, 6 hari seminggu untuk menyiapkan hasil seni berukuran 13×10 kaki sehingga selesai dalam masa tiga setengah tahun kemudian.

Hasil seni ini dilukis dengan pen dan dakwat akrilik yang menggambarkan sepohon pokok yang tumbuh dengan korban dan kemusnahan yang telah disebabkan oleh bencana tsunami tersebut, dikelilingi oleh ombak besar yang dibawa tsunami dan menghentam pokok tersebut.

Tetapi ini hanyalah permukaan akan imej lukisan yang dihasilkan. Jika anda melihat dengan lebih teliti, anda akan dapat melihat lukisan ini sebenarnya memberi idea utama dengan menunjukkan imej terkecil yang cuba diceritakan dengan ribuan kisah oleh setiap orang yang telah mengharungi dan mengalami bencana tersebut.

Manabu Ikeda berkata, “Tujuan dan sasaran karya seni ini ialah untuk meluahkan pandangan ikhlas dan jujur saya mengenai dunia yang diduduki melalui penghasilannya. Tetapi saya tidak berniat untuk menggambarkan setiap imej itu dengan terperinci. Saya melihat satu perkara dengan terperinci apabila saya memerhatikan sesuatu dengan tekun. Dengan mencantumkan ia menjadi satu, saya telah meluahkan apa dan bagaimana saya melihat perkara itu melalui penggunaan pen dan dakwat sebagai alatan utama dalam penghasilan karya seni terbaik ini.”

Manabu bekerja dengan menghasilkan lukisan seluas empat inci persegi setiap hari, tetapi kemalangan ski telah memperlahankan kerja melalui tangan kanannya. Selepas beberapa kali latihan, Manabu telah dapat melatih tangan kirinya untuk melukis sehingga menjadi mahir.

Dalam tempoh tiga setengah tahun dengan usaha keras dan penuh penelitian, lukisan ini telah berjaya disiapkan. ‘Rebirth’ kini dipamerkan di Muzium Seni Chazen sejak bulan Disember, 2016.

Lihat antara butiran hasil karya seni agung Manabu Ikeda di bawah.

Hasil karya tangan kiri!

Kredit foto : Chazen Museum of Art / Screenshot /Clayton Adams

Sumber : Manabu Ikeda / demilkedcolossal

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Galeri Foto Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds