Lip gloss adalah alat kosmetik yang mampu menciptakan efek berkilau pada bibir. Selain membuat bibir anda berkilau, lip gloss juga mampu melembapkan bibir anda. Bahan-bahan di dalam lip gloss menghindarkan bibir anda daripada menjadi kering.

Seperti yang kita tahu, harga lip gloss di pasaran tidaklah murah, apatah lagi yang berjenama terkenal. Kita tidak digalakkan untuk menggunakan lip gloss yang murah kerana terdapat bahan yang dapat memberi kesan buruk kepada bibir kita seperti mengalami alergik.

Jika kamu ingin mencuba membuat lip gloss sendiri di rumah, berikut adalah bahan-bahannya:

  • Vaseline Petroleum Jelly
  • Minyak zaitun
  • Eyeshadow

Cara-cara untuk membuatnya:

#1. Letak 1 sudu Vaseline ke dalam bekas kaca.

#2. Tuang 1 sudu minyak zaitun bersama Vaseline.

#3. Gaul sehingga rata.

#4. Masukkan ½ sudu eyeshadow (warna pilihan anda)

#5. Gaul kesemua bahan sehingga rata.

#6. Akhirnya, masukkan campuran bahan-bahan itu ke dalam bekas kecil atau bekas lama lip gloss anda.

Siap! Cuba ratakan lip gloss di bibir anda dan lihat hasilnya.

Vaseline dan minyak zaitun mempunyai manfaat yang mampu melembapkan bibir anda.

Bibir anda akan menjadi semakin merah secara semulajadi setelah kerap menggunakannya. Jika bibir anda mengalami efek iritasi atau alergik setelah menggunakannya, anda boleh menggantikan eyeshadow dengan bahan yang lain.

Anda juga boleh merujuk video di bawah:

Selamat mencuba!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds