Cakap sahaja tentang Tahun Baru Cina ramai yang mula membayangkan limau mandarin.

Siapa pun pasti suka menikmati rasa manis buah itu bersama keluarga tersayang. Bagi yang menerima atau membeli buah ini dengan banyak pasti runsing bagaimana untuk mengekalkan kesegaran limau mandarin kerana kulitnya yang nipis membuatkan limau mandarin mudah rosak atau busuk.

Sumber: Yandex.ru

Bagi yang ada berkotak-kotak limau mandarin di rumah, jangan risau lagi kerana ada langkah mudah yang boleh diambil untuk memastikan limau mandarin terus segar dan tahan lebih lama.

Langkah 1: Keluarkan limau mandarin dari kotak

Sumber: LMC

Buah-buahan memerlukan sedikit ruang untuk bernafas dan menyimpannya di dalam kotak boleh mewujudkan pengudaraan yang kurang baik, menjadikannya lebih mudah untuk limau mandarin rosak atau busuk.

Pilih limau mandarin yang kelihatan lebam atau lembik terlebih dahulu. Pastikan anda keluarkannya dengan berhati-hati kerana kulitnya yang nipis akan mudah rosak jika tersalah langkah.

Langkah 2: Letakkan limau dalam bekas yang boleh mempunyai pengudaraan yang baik

Sumber:i The Spruce

Keluarkan limau dari pembungkus plastik kerana ia akan menyimpan kelembapan. Letakkannya dalam bekas yang cetek dan mempunyai pengudaraan yang baik. Ingat, mereka juga perlu bernafas, jadi lebih baik jika limau disimpan dalam satu lapisan sahaja (tidak ditindih).

Langkah 3: Letakkan limau di tempat yang sejuk dan kering 

Sumber: The Meaning of Pie

Untuk memastikan limau terus segar dan tahan lama, terdapat dua perkara yang perlu anda elakkan: Kelembapan dan suhu tinggi. Jangan letak buah-buahan anda berhampiran dengan sink, dapur atau ketuhar.

Meletakkannya pada suhu bilik di tempat yang sejuk dan kering akan menjadikan limau segar selama dua minggu, tetapi jangan lupa untuk periksa limau dari semasa ke semasa dan buang limau yang telah rosak.

Langkah 4: Sejukkan limau jika perlu

Sumber: Grab Your Spoon

Anda boleh memilih untuk menyejukkan limau mandarin jika anda suka makan buah ini dalam keadaan yang sejuk. Rasanya mungkin berubah sedikit, tetapi limau tersebut tetap segar sebenarnya.

Bagi limau yang telah disimpan lebih daripada dua minggu anda boleh menyejukkannya supaya limau terus segar.

Caranya mudah, bungkus limau dalam beg kertas yang longgar dan letakkan di dalam laci peti sejuk anda. Kaedah ini boleh menjadikan limau anda tetap segar selama seminggu lagi.

Langkah 5: Simpan limau di dalam peti sejuk

Sumber: Webstaurant

Masih ada limau yang tinggal? Sekarang sudah masanya untuk membekukan limau!

Kaedah ini akan membolehkan anda terus menikmati limau mandarin untuk 10 bulan yang akan datang! Letakkan limau dalam beg kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds