Seorang lelaki yang juga bapa kepada seorang anak perempuan ini mengalami kepayahan hidup kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri. Namun begitu, ianya tetap tidak mematahkan semangat beliau dalam meneruskan kehidupan.

Hampir setiap hari, lelaki bernama Trenton Lewis yang berusia 21 tahun ini akan berjalan sejauh 17.7 km untuk ke tempat kerja. Lebih mengejutkan lagi, Lewis terpaksa bangun seawal tengah malam untuk sampai ke tempat kerja pada masa yang tepat!

Rutin ini telah berlangsung sejak tujuh bulan yang lalu apabila Lewis berjaya mendapatkan pekerjaan di pusat UPS yang terletak di Little Rock, Arkansas.

Namun begitu, Lewis telah ditugaskan untuk memasuki shif yang bermula pada jam 4 pagi sekali gus menyebabkan dia perlu mula keluar dari rumahnya pada tengah malam.

Ketika ditanya mengenai motivasinya untuk gigih meneruskan perjalanan jauh demi ke tempat kerjanya itu, Lewis menyatakan:

“Saya mahu bersama dengan anak perempuan saya, untuk menyaranya. Saya mahu jadi seorang bapa yang baik”.

Kesukaran yang perlu dilaluinya tidak pernah diceritakan kepada rakan sekerja yang lain. Memandangkan Lewis tidak pernah lewat ke tempat kerja, tiada siapa yang tahu akan keadaan itu.

Akan tetapi, terdapat seorang rakan kerjanya yang dikenali sebagai Kenneth Bryant menyedari akan kepayahan yang selama ini dilalui oleh Lewis. Lantaran itu, Kenneth memutuskan untuk menghulurkan pertolongan.

“Jika seseorang mempunyai kegigihan sebegitu, saya sanggup membantunya. Kami hanya ingin meringankan beban seseorang. Lelaki muda itu mahu bekerja dan akan melakukan apa sahaja untuk menjadi seorang yang berjaya,” kata Kenneth.

Berikutan itu, Kenneth telah mengumpulkan sumbangan kewangan secara rahsia daripada para pekerja lain untuk membelikan Lewis sebuah kereta baharu.

Apabila jumlah kutipan mencapai sasaran, mereka akhirnya mengejutkan Lewis dengan memberikan kunci sebuah kereta yang bernilai sekitar RM7,875!

“Ini adalah kereta pertama saya. Saya mempunyai rakan sekerja yang sangat baik”.

Menurut Kenneth lagi, bukan semua individu yang mendermakan sumbangan untuk Lewis mengenalinya secara peribadi. Mereka hanya mendengar mengenai kisah keperitan hidup bapa tunggal itu dan mahu menghulurkan bantuan.

“Mereka sangat kagum mengetahui ada individu yang sanggup bangun pagi-pagi dan berjalan sejauh itu untuk ke tempat kerja,” jelas Kenneth.

Semoga dengan bantuan ini, Lewis akan menjadi lebih rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dalam membesarkan anaknya.

Sumber: WishTV.comBreitbart

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds