Pada bulan Januari, salah seorang saudara Cortney Warren telah memberitahunya tentang sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat makanan bayi Gerber. Syarikat itu dikatakan sedang mencari penyertaan bagi wajah baru jenama “Gerber Baby”. Peraduan ini diadakan setiap tahun sejak 90 tahun yang lalu. Ketika itulah Cortney memutuskan untuk menyerahkan gambar anak lelakinya yang berusia satu tahun, Lucas, yang menghidapi sindrom Down, tetapi dia tidak pernah menyangka bahawa dia menerima apa-apa respon dari syarikat itu.

Cortney tidak sangka bahawa tidak lama selepas itu dia menerima berita yang paling mengembirakan.

Facebook

Lucas telah dipilih menjadi bayi Gerber pertama dalam sejarah yang mempunyai sindrom Down! Foto comelnya telah dipilih daripada 140,000 foto lain dan dia kini sedang memenangi hati semua orang yang melihat senyuman manisnya!

Ibunya, Cortney, mengatakan dia berharap dengan kemenangan Lucas dalam pertandingan itu akan membawa lebih banyak kesedaran mengenai bayi sindrom Down.

Facebook

Facebook

Cortney mengatakan bahawa Lucas adalah bayi yang sangat ceria dengan senyuman manisnya dan gelak ketawanya boleh membuat semua orang di sekitarnya gembira.

“Dia mungkin menghidapi sindrom Down, tetapi dia mempunyai keperibadian yang mengagumkan dan kami berharap apabila dia membesar dan melihat semula semua ini, dia akan bangga dengan dirinya sendiri dan tidak malu dengan kecacatannya.”

Facebook

Sesungguhnya Lucas adalah seorang anak kecil yang sangat ceria dan bahagia! Keperibadiannya yang tidak dimiliki oleh orang sempurna yang lain telah menjadikannya model yang sempurna untuk jenama ini.

Facebook

Selain daripada mendapat peluang untuk tampil di pameran televisyen kebangsaan, Lucas juga akan dianugerahkan sejumlah wang sebanyak $50,000 (RM 59,351.88) dan ibu bapanya berhasrat untuk meletakkan wang tersebut ke dalam tabung pendidikan Lucas.

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds