INSPIRASI, Pesona

Anak kucing jadi mangsa ribut taufan, kini diberi nafas baru selepas jumpa ‘abang angkat’

Anak kucing jadi mangsa ribut taufan, kini diberi nafas baru selepas jumpa ‘abang angkat’

Sesiapapun pasti akan timbul perasaan sedih apabila melihat seekor kucing yang kehilangan tuan selepas berlaku bencana ribut taufan.

Dalam keadaan kotor, menyayat hati, dan tidak makan apa-apa, si kucing ini sememangnya memerlukan bantuan daripada manusia.

Di Florida, selepas berlaku bencana Taufan Irma, seekor anak kucing berusia tiga bulan kelihatan berlegar-legar di kawasan bandar Florida untuk mencari tempat perlindungan.

Bagi mencari makanan dan tempat berteduh, kucing yang diberi nama Oscar berjalan hingga ke sebuah gudang kilang yang telah menyebabkan ramai pekerja bersimpati dengannya.

Kasihan dengan si comel itu, seorang pekerja telah membawanya pulang ke rumah. Niatnya hanyalah ingin menjaganya sementara bagi mencari orang lain yang boleh menjaganya dengan baik.

Apabila pulang di rumah, Oscar telah diberikan makanan, susu, dan dibersihkan. Tiga minggu selepas itu, si comel ini sudah nampak lebih sihat dan bertenaga.

Pekerja ini juga mempunyai seekor kucing jantan yang berusia lima tahun, Murphy. Pertemuan inilah telah mengubah kehidupan Oscar.

Apabila kucing ini melihat Oscar, alangkah terkejutnya mereka apabila anak kucing ini dibelai, dimanja, dan dijaga oleh Murphy.

Oscar seolah-olah mendapat nafas baru dalam kehidupannya apabila Murphy bermain, tidur, dan membersihkannya.

Kini, Oscar dan Murphy berkawan baik. Sepanjang masa di rumah, mereka luangkan masa bersama seperti adik dengan abang. Oscar juga kelihatan lebih matang sejak berjumpa dengan Murphy.

Pemilik kucing ini memberitahu kepada Love Meow,“Kami tidak boleh memisahkan mereka semenjak mereka bertemu.”

Kini, Oscar semakin dewasa dengan sihat dan beratnya juga semakin meningkat. Hari-hari mereka penuh dengan suka dan ria.

Setiap hari, mereka akan bermain bola tenis, menikmati cahaya matahari di tingkap, dan berpelukan bersama.

Oscar sangat bertuah kerana selepas melalui detik hitam dalam hidupnya, dia bukan sahaja terjumpa pemilik yang baik malah seekor kucing yang lebih tua sebagai peneman hidupnya.

Sumber: Love Meow 

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...