Kedua-dua golongan lelaki dan wanita memang pandai dan cekap memandu kereta. Tetapi, sekiranya kerosakan kereta berlaku, lazimnya golongan wanita akan berasa cemas dan panik kerana tidak tahu apa yang perlu mereka perlu lakukan.
Hal ini berbeza dengan kebanyakan golongan lelaki kerana mereka tahu sedikit sebanyak hal berkaitan dengan fungsi kereta.
Oleh kerana kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana sahaja – pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membeli barangan dan sebagainya, maka adalah penting untuk anda mengetahui serba sedikit pengetahuan berkaitan penjagaan kereta. Tidak perlu tahu banyak, perkara asas pun sudah memadai.
Ekoran ramai di antara golongan wanita yang tidak mengetahui langsung perihal mengenai kereta, menyebabkan seorang lelaki bernama Badrul, berkongsi pengalaman dan tips penjagaan kereta yang berguna untuk kita semua. Baca perkongsian beliau di bawah:
1. Minyak hitam
Minyak hitam merupakan nadi bagi sesebuah kereta. Oleh yang demikian, anda perlu memberi perhatian kepadanya. Jangan melengahkan penukaran minyak hitam kerana kelak ia akan meningkatkan penggunaan minyak kereta.
2. Radiator
Jika anda tidak mahu berhabis ribuan Ringgit kerana kereta anda over-heat, maka penjagaan radiator juga perlu dititikberatkan
3. Tayar
Tekanan udara pada tayar kereta juga perlu diberi perhatian. Jika kekurangan angin, ia boleh mengakibatkan tayar kereta menipis.
4. Pad brek
Perkara paling penting adalah penjagaan pad brek! Sekiranya pad brek kereta anda nipis, ia boleh mengganggu dan merosakkan sistem brek kereta. Situasi itu adalah sangat berbahaya.
5. Penapis udara
Penapis udara juga penting. Jika kotor, ia boleh menyebabkan sistem pengudaraan kereta anda tidak sempurna dan bermasalah.
6. Minyak gearbox
Anda perlu benar-benar tahu akan minyak gearbox ini jika tidak mahu berhabis duit di kemudian hari – terbahagi kepada dua jenis.
7. Bateri
Bateri sel kering:
Bateri sel basah:
Anda perlu tahu tempoh bateri anda digunakan. Ia juga terbahagi kepada dua jenis. Jika bateri anda lemah, segera tukar jika anda tidak mahu kereta anda tersadai di tepi jalan.
Sumber: Twitter @sheikh_obaid
Era Baru
Maybe you're interested :