Kita semua tahu bahawa darjat antara keluarga diraja amat berbeza dengan kita. Mereka bagaikan selebriti dimana mereka mempunyai hak berbuat apa sahaja seperti yang kita impikan.

Berikut adalah senarai perkara yang masih diamalkan oleh golongan Keluarga Diraja British walaupun salah satu amalan ini amat remeh dan tidak masuk akal.

1. Tali kasut Putera Charles mesti diseterika

Sumber: the-shoe-aristocat.blogspot.com

Putera Charles mempunyai 3 valet peribadi dimana tugasan mereka adalah untuk memastikan pakaiannya sentiasa kemas. Valet peribadinya juga bertanggungjawab untuk seterika setiap tali kasut  yang dimilikinya.

2. Ubi kentang sebelum dipotong harus diukur terlebih dahulu sebelum dihidang dalam Istana Buckingham

Sumber: potatopro.com

Para pekerja dapur harus memastikan bahawa kentang itu dipotong dengan sempurna untuk menjadikan hidangan itu kelihatan terbaik.

3. Ratu Elizabeth melarang sebarang rancangan berunsur jenaka pada saluran televisyen

Sumber: variety.com

Ratu Elizabeth mengatakan sekiranya beliau mangkat, sebarang rancangan televisyen yang berunsur jenaka akan dihentikan siaran selama 12 hari.

Pada waktu kematian dan pengebumiannya, saluran BBC juga akan membuat siaran mengenai kematiannya dan dokumentari mengenai hidupnya tanpa sebarang saluran siaran yang tidak berkaitan.

4. Pakaian Putera Charles dan Duchess Camilla harus dibasuh dengan tangan

Sumber: thesun.co.uk

Bagi pasangan ini, pakaian mereka hendaklah dibasuh menggunakan tangan tanpa penggunaan mesin basuh.

5. Kasut kepunyaan Ratu hendaklah “dirosakkan” sebelum beliau boleh memakainya

Sumber: telegraph.co.uk

Terdapat pekerjaan di mana tugasnya hanya untuk “merosakkan”  kasut untuk keselesaan Ratu sebelum dia boleh memakainya.

6. Bagpipes Scotland akan didendangkan pada setiap pagi apabila Ratu baru sahaja bangun dari tidur

Sumber: standard.co.uk

Pemain bagpipe akan dendangkan alunan musik di luar tingkap Ratu bermula daripada jam 7am hingga 9am.

7. Putera Charles sentiasa akan dihidangkan biskut panas

Sumber: hungryforever.com

Putera Charles biasanya meminta biskut dan keju yang dihidang kepadanya sebagai penutup hidangan. Biskut itu dihidangkan atas piring pemanas agar hidangannya sentiasa dalam keadaan panas mengikut citarasanya.

8. Sudut tepi roti sandwich dibentuk secara membulat

Sumber: foodnetwork.com

Sudut tepi roti sandwich dihidang tanpa sudut tepat. Amalan ini dimulakan sejak zaman Ratu Victoria, suaminya Putera Albert mengatakan bentuk sandwich pada segi empat dengan sudut tajam menyerupai bentuk keranda. Sejak itu sandwich dihidangkan tanpa sudut tepat.

9. Putera Charles mempunyai pemicit ubat gigi peribadi

Sumber: quora.com

Seorang valet akan betugas memicit mengeluarkan ubat gigi dan letak ke atas berus gigi Putera pada setiap malam .

10. Di UK hampir kesemua angsa dimiliki oleh Ratu

Sumber: express.co.uk

Hampir kesemua angsa dimiliki oleh Ratu termasuk angsa yang berada di River Thames, Worshipful Companies of Dyer and Vinters.

Setahun sekali angsa-angsa ini akan dikira dan diperiksa jika mempunyai kecederaan, tidak juga dilupakan bahawa di Britain hanya Ratu seorang sahaja yang dibenarkan untuk memakan daging angsa.

11. Ratu juga memiliki ikan lumba-lumba yang banyak

Sumber: bbc.co.uk

Ratu England ini memiliki kesemua ikan lumba-lumba, ikan paus dan porpoise yang datang sejauh tiga batu dari pantai Britain.

12. Ratu juga tidak perlukan kad pengenalan dan lesen memandu

Sumber: hellomagazine.com

Ratu juga memandu tetapi tidak kerap dan tiada seorang pun akan menyuruh dia berhenti dan meminta tunjukkan lesen memandu. Mereka juga tidak mempunyai hak untuk menyoal Ratu berkenaan identiti beliau.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 10 seconds