GAYA HIDUP, Idea Gajet

10 cara mudah dan murah mengatasi masalah pakaian yang selama ini kita tidak tahu

10 cara mudah dan murah mengatasi masalah pakaian yang selama ini kita tidak tahu

Mungkin kita tidak sedar barang-barang sekeliling kita mempunyai fungsi lain selain fungsi utamanya.

Berikut adalah 10 cara mudah dan murah yang dapat menyelesaikan masalah anda dengan menggunakan barang-barang yang pasti anda tidak jangkakan.

#1. Mempunyai masalah untuk menyimpan but paras lutut anda?

Ia sungguh sukar untuk disimpan, dan sering kehilangan bentuknya. Menggunakan pelampung kolam di dalam kasut anda boleh membantu mengekalkan bentuknya, serta mengelakkannya daripada jatuh.

#2. Seluar berbulu

Jangan buang seluar anda yang sudah berbulu. Guna pisau cukur untuk menyingkirkan bulu di seluar anda.

#3. Kasut anda terlalu ketat?

Letakkan beg air yang beku di dalam kasut dan tinggalkannya semalaman. Ia dapat meregangkan kasut anda jika terlalu ketat.

#4. Kesan peluntur di pakaian

Hanya gunakan penanda hitam untuk menyembunyikan tanda peluntur pada pakaian berwarna gelap dan tiada siapa yang akan tahu.

#5. Masalah ketiak berpeluh teruk

Kesan peluh ketiak pada pakaian adalah merupakan mimpi buruk, jadi untuk mengelakkannya, letakkan panty liner di baju anda sebagai fungsi untuk untuk menyerap peluh.

#6. Seluar jeans berbau tetapi anda tidak mahu membasuhnya?

Ramai orang malas untuk membasuh seluar jeans dengan kerap, jadi meletakkannya di dalam peti ais adalah penyelesaiannya.

#7. Mencuci kotoran degil pada kasut tumit tinggi

Seorang wanita telah mendedahkan kegunaan air micellar atau air pembersih kulit untuk menanggalkan kotoran degil pada tumit kasutnya. Hasilnya sangat memberangsangkan.

#8. Cara untuk pastikan zip tidak terbuka dengan sendiri

Untuk mengelakkan daripada rasa malu jika zip anda terbuka dengan sendiri ketika anda tidak sedar, gunakan gegelang kunci untuk menyelesaikan masalah tersebut.

#9. Tidak mahu menghabiskan banyak wang pada pakaian ketika anda mengandung, tetapi tidak mahu mengorbankan gaya anda?

Tambah panel elastik pada seluar jeans lama anda supaya anda kekal bergaya walaupun sedang mengandung.

#10. Kasut anda longgar?

Gunakan tuala sanitari sebagai pelapik kasut sementara.

Sumber: Diply

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...