Kita tidak sedar benda yang kita biasa guna sebenarnya mempunyai kegunaan yang lain. Anda hanya perlu mengubah imaginasi dan pemikiran kreatif anda dengan melihat secara berbeza pada benda yang biasa kita guna seharian. Idea baru boleh menjadikan hidup anda lebih mudah dan juga dapat menjimatkan banyak wang.

Berikut adalah beberapa tips hebat tentang cara menggunakan benda biasa dengan cara yang sama sekali berbeza daripada kegunaan utamanya.

#1. Sos tomato

© Depositphotos   © Depositphotos

Jika rambut anda telah berubah menjadi hijau selepas anda mewarnakan rambut, anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk menyelesaikan masalah itu. Ada penyelesaian yang berkos rendah.

Ambil beberapa sudu sos tomato, ratakan di rambut anda, bungkus rambut anda dengan bungkus plastik, dan biarkan selama 30 minit. Ulang setiap hari sehingga rambut anda mendapat warna yang diingini.

#2. Lego

© y0immatt

Lego boleh dijadikan sebagai tempat untuk menggantung kunci di dinding. Ia juga kelihatan  menarik. Anda boleh lihat pelbagai kegunaan lain lego di sini.

#3. Klip

© lifehack

Anda boleh gunakan klip untuk membuat wayar atau kabel yang serabut di meja anda kelihatan lebih kemas.

#4. Pencakar

© montanawildlifegardener

Anda boleh mengubah pencakar lama anda menjadi tempat untuk menggantung gelas di dapur.

#5. Minyak zaitun

© crafterhoursblog

Kita sedia maklum bahawa minyak zaitun selalu digunakan untuk kulit dan rambut. Namun, minyak zaitun juga dapat digunakan untuk membuat barangan kulit anda menjadi lebih gelap. Sapukan permukaan kulit dengan menggunakan berus.

#6. Penyepit baju

© instructables

Selalunya penyepit baju digunakan untuk menyepit baju di ampaian. Namun, ia juga boleh digunakan untuk menjaga jari anda semasa memukul paku daripada terkena penukul.

#7. Tin muffin

© catchmyparty.com

Anda boleh menggunakan tin muffin untuk meletakkan pelbagai jenis sos dan perasa . Ia juga mudah untuk dicuci selepas itu.

#8. Spageti

© livre-athee.com

Sekiranya anda tidak mempunyai mancis panjang untuk menyalakan lilin di dalam bekas kaca, anda boleh gunakan spageti sebagai ganti.

#9. Vicks VapoRub

© shutterstock.com

Vicks VapoRub biasa digunakan untuk merawat selsema dan sakit otot. Bagaimanapun, disebabkan sifat antibakteria dan analgesiknya, ia boleh digunakan dengan cara alternatif.

Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit telinga yang ringan: letakkan sedikit pada kapas dan sapukan di telinga anda. Ini akan membantu mengurangkan kesakitan, tetapi ia tidak akan membantu jika terdapat jangkitan. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika sakit itu tidak hilang.

Anda juga boleh menggunakan Vicks VapoRub untuk:

  • Menghalau nyamuk dan serangga lain
  • Menjaga kaki anda
  • Menghentikan haiwan peliharaan daripada mencakar perabot
  • Merawat kulat kuku jari kaki
  • Mengurangkan tanda regangan

#10. Penyodok sampah

© build

Penyodok sampah boleh digunakan untuk menggantikan paip air.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds