Biasanya tanggapan pertama selalunya salah dan pada kes ini ia amat memalukan.

James Conley III berumur 29 tahun berkongsi pengalaman beliau selaku pelanggan di butik pakaian West Des Moines Old Navy. Seorang pekerja butik tersebut menegur beliau kerana tidak membayar jaket biru yang dipakainya.

Pekerja itu menuduhnya atas cubaan untuk mencuri jaket tersebut sedangkan jaket itu dihadiahkan sempena hari Krismas dan dipakainya dari awal lagi sebelum memasuki butik tersebut.

Insiden tentang kisah Conley telah menarik perhatian seluruh negara, dengan jumlah 113 ribu reaksi dan 150 ribu perkongsian hasil melalui laman Facebook.

Beliau telah membuat fail laporan tentang hak awam dan juga kerosakan sivil. Beliau beritahu hasil sokongan dari perkongsian di laman Facebook itu mendorongnya berbuat demikian dan memberitahu bahawa isu yang berbaur perkauman tidak patut diambil ringan.

Berikut adalah kisah beliau sepanjang interaksi dengan pekerja butik tersebut.

James Conley, pelanggan tetap Old Navy mengalami peristiwa yang dia tidak akan lupa buat selamanya.

James Conley mengatakan beliau telah dituduh oleh pekerja butik tersebut dengan nada dan berunsur rasis atas cubaan mencuri jaket tersebut sedangkan jaket itu dihadiahkan sempena hari Krismas dan dipakainya dari awal lagi sebelum memasuki butik tersebut. Tambahan lagi mereka meminta beliau buka jaket tersebut untuk diimbas sewaktu melakukan pembayaran.

Posted by James Conley III on Tuesday, January 30, 2018

Pada mulanya beliau menyangka pekerja itu hanya bergurau, kerana sebelum ini beliau telah memasuki butik itu berkali-kali dengan memakai jaket yang sama dan bahkan ada juga orang yang berlainan kaum memakai jaket tersebut tanpa dihiraukan oleh pekerja butik.

Pengurus butik tersebut Beau Carter menunjukkan tindakan yang tidak cekap dan bersifat perkauman dengan mengatakan James Conley adalah seorang yang berkulit hitam.

Posted by James Conley III on Tuesday, January 30, 2018

Tidak cukup dengan itu, mereka mengimbas jaket tersebut dan meminta pembayaran. Berang dengan tindakan mereka, beliau memanggil Pengurus Kawasan Old Navy yang dikenali sebagai Shannon untuk melihat kembali rakaman litar tertutup jika beliau ada melakukan cubaan untuk mencuri jaket tersebut sepertimana yang didakwa oleh pekerja itu.

Posted by James Conley III on Tuesday, January 30, 2018

Setelah mengesahkan melalui rakaman semula kamera litar tertutup bahawa James Conley tidak bersalah dan berkata benar, Pengurus butik itu Beau Carter tidak menampilkan diri untuk meminta maaf.

James bagaikan agak tidak percaya selepas apa yang baru sahaja berlaku terhadap dirinya.

Posted by James Conley III on Tuesday, January 30, 2018

Selepas kejadian tersebut, Gap Inc. pemilik Old Navy keluarkan kenyataan terhadap kejadian tersebut.

“Pelanggan kami iaitu James Conley telah mengalami detik pengalaman yang tidak seharusnya berlaku pada dirinya di butik kami Jordan Creek, Cawangan Iowa. Dimana situasi pekerja kami dalam kejadian ini telah melanggar garis panduan etika, kami meminta maaf dan kesal atas kesulitan yang berlaku terhadap En.Conley. Kami akan sedaya upaya hormat dan melayan pelanggan kami dengan sebaiknya. Setelah menyiasat kejadian ini, tiga pekerja yang terlibat telah dihentikan pekerjaan. Kami memandang serius terhadap perkara ini dan akan sentiasa melayan pelanggan kami secara adil pada setiap aspek persekitaran”-Old Navy

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds