Apabila pasangan dari New York, Shellie dan Greg Tucker melihat ultrasound rutin bayi mereka, mereka terkejut apabila mendapati bahawa Shellie sedang mengandungkan sepasang kembar siam.

Ketika kandungan Shellie mencapai usia lima bulan, pakar obstetrik memberitahu pasangan tersebut bahawa kembar perempuan mereka itu mungkin tidak dapat dipisahkan dengan jayanya. Disebabkan itu, doktor menasihatkan mereka supaya menggugurkan kandungan tersebut.

Kredit: YouTube | The Children’s Hospital of Philadelphia

“Ketika dia memberitahu saya tentang berita itu, saya dapat merasakan bahawa anak-anak perempuan saya sedang menendang perut saya,” kata Shellie kepada ABC News.

Kredit: YouTube | The Children’s Hospital of Philadelphia

Ibu bapa yang telah mempunyai seorang anak lelaki itu kemudian telah pergi ke Hospital Kanak-kanak Philadelphia (CHOP) untuk mendapatkan pendapat kedua.

Kembar itu telah bercantum pada bahagian dada dan bahagian bawah abdomen. Mereka telah “berkongsi dinding dada, diafragma, pericardium dan hati,” menurut laman web CHOP.

Sekiranya hati kanak-kanak perempuan ini dapat dipisahkan sepenuhnya, doktor di CHOP berkata bahawa kembar itu boleh dipisahkan.

Shellie melahirkan Allison dan Amelia pada bulan Mac 2011 melalui C-section di CHOP.

Kredit: YouTube | The Children’s Hospital of Philadelphia

Kembar tersebut kemudiannya terpaksa dirawat di hospital selama beberapa bulan berikutnya untuk tujuan pemulihan dan penyembuhan daripada pembedahan.

Pada 7 November 2012, semasa pasangan kembar berusia 8 bulan, mereka sekali lagi perlu menjalani pembedahan dan kali ini pembedahan tersebut berjalan selama tujuh jam.

Kredit: YouTube | The Children’s Hospital of Philadelphia

Pembedahan itu telah diketuai oleh Holly Hedrick, MD yang merupakan pakar bedah pediatrik, thoracic dan pakar bedah janin di CHOP.

“Akhirnya, pakar bedah keluar dan memberitahu kami bahawa mereka telah dipisahkan. Kali pertama melihat mereka sebagai dua orang bayi perempuan yang berasingan adalah satu perasaan yang paling menakjubkan,” kata Shellie.

Beberapa tahun selepas pembedahan, CHOP memberi maklumat terkini tentang pasangan kembar tersebut pada tahun 2017, yang menyifatkan mereka sebagai “kembar berumur 4 tahun yang petah bercakap dan aktif” bersama-sama dengan abang mereka.

“Ketika mereka masih kecil, saya tidak pernah duduk diam kecuali ketika mereka sedang tidur!” tambah Shellie lagi.

Sumber: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds