Aneh, KESIHATAN

Rektum seorang lelaki terkeluar ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas sambil bermain telefon pintar selama 30 minit

Rektum seorang lelaki terkeluar ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas sambil bermain telefon pintar selama 30 minit

Berita ini mungkin agak mengejutkan apabila satu laporan perubatan dari sebuah hospital di tenggara China telah menyatakan bahawa seorang lelaki telah dikejarkan ke wad kecemasan hospital apabila rektumnya telah terkeluar sewaktu dia sedang membuang air besar di dalam tandas. Lelaki yang tidak dikenali ini, yang telah dikejarkan ke unit kecemasan hospital pada waktu tengah malam dikatakan sedang bermain permainan di telefon pintarnya di dalam tandas tersebut selama 30 minit sebelum insiden ini terjadi.

Menurut doktor di wad kecemasan yang merawatnya, lelaki ini telah duduk di atas mangkuk tandas, dan cuba untuk membuang air besar, apabila secara tiba-tiba rektum atau saluran dubur telah terkeluar dan terjatuh bersama najisnya di dalam mangkuk tandas. Ketulan yang besar yang berukuran 16 sentimeter dilaporkan telah ditemui bersama rektum lelaki ini. Ia telah melekat dan terkeluar bersama dubur lelaki ini dan satu pembedahan kecemasan untuk membuang ketulan tersebut telah dijalankan.

Semasa sedang membuang air besar dan leka bermain permainan telefon pintar selama 30 minit, lelaki ini telah menyedari rektumnya telah terkeluar dan terjatuh.

Kredit : Kan Kan News

Pesakit lelaki ini telah menghabiskan masa selama 30 minit sambil mencuba membuang air besar, sementara bermain permainan bersama telefon pintarnya di dalam tandas sendiri di rumah. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Zhongshan, Wilayah Guangdong.

Doktor yang terbabit, Dr Su Dan dari Hospital Universiti Sun Yat-Sen telah mendedahkan bahawa lelaki ini telah didiagnos mengalami penyakit ‘rectal prolapse’. Keadaan ini telah berlaku apabila hujung saluran tali usus telah terlepas genggaman daripada perut dan otot tubuh sehingga telah menyebabkan rektum keguguran atau terjatuh dari tempat asalnya.

Lelaki ini telah dikejarkan ke hospital dan telah didiagnos oleh doktor dengan penyakit ‘rectal prolapse’ 

Kredit : Kan Kan News

Ketulan besar sepanjang 16 sentimeter telah dikeluarkan.

Kredit : Kan Kan News

Dengan menyifatkan kes lelaki ini sebagai antara terburuk, doktor berkata, “Pesakit telah mengalami penyakit ‘rectal prolapse’ semenjak usia 4 tahun. Ketulan itu tidak dirawat, dibuang serta dipulihkan. Oleh itu keadaan dan situasi telah menjadi semakin buruk sehingga terjadi insiden ini.”

Berdasarkan imbasan perubatan yang dibuat, terdapat ketulan ‘sebesar bola’ yang telah terkeluar dan tersangkut dari dubur lelaki ini. Terdapat juga kesan luka dan pendarahan di dinding usus. Nasib pesakit amat baik apabila ketulan tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibuang. Lelaki ini dikatakan telah selamat menjalani pembedahan dan sedang dalam proses pemulihan.

Pesakit amat bertuah kerana penyakitnya telah dapat dirawat dengan sempurna dan berjaya. 

Kredit : Kan Kan News

Untuk pengetahuan, keadaan ‘rectal prolapse‘ atau ‘buasir’ adalah biasa dialami oleh golongan kanak-kanak dan warga tua. Tetapi bagi kes lelaki ini, ia menjadi buruk kerana dia tidak merawat penyakit ini dengan segera yang mana telah diketahuinya sejak sekian lama sehingga memudaratkan diri sendiri.

Salah satu punca penyakit ‘rectal prolapse‘ ialah seseorang itu mengambil jangka masa yang lebih lama apabila terpaksa menahan atau meneran semasa membuang air besar.

Kredit : Kan Kan News

Dr Su Dan berpendapat sebab utama rektum pesakit ini telah terjatuh adalah disebabkan penyakitnya yang telah sedia ada dan juga masa yang diambil ketika berada di dalam tandas adalah dikira agak lama. Semasa pesakit sedang cuba membuang air besar, otot-otot pelvisnya telah menjadi lemah, lalu telah menyebabkan rektum terjatuh.

Era Baru

Kategori:Aneh KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...