Kisah Inspirasi, Pesona

Marah anjing kerana ‘melalak’ pada tengah malam, selepas beberapa minit wanita ini baru sedar bahawa anjing itulah yang telah menyelamatkannya!

Marah anjing kerana ‘melalak’ pada tengah malam, selepas beberapa minit wanita ini baru sedar bahawa anjing itulah yang telah menyelamatkannya!

Sehari selepas gempa bumi 6.4 magnitud melanda bandar Hualien, sebuah bandar pelancongan di pantai timur Taiwan, pemilik seekor anjing telah berkongsi bagaimana anjingnya telah menyelamatkan nyawanya ketika itu.

Yang Caitou, yang tinggal di Hualien, menulis bahawa ketika dia pulang ke rumah pada jam 11 malam, 6 Februari lalu, dia sedang bermain dengan anjingnya selama 30 minit sebelum dia memutuskan untuk masuk ke dalam rumahnya. Bagaimanapun, anjingnya bernama Ercheng mula berlari-lari di luar dan mula melolong.

Melihat akan keadaan itu, Yang bergegas ke luar untuk memarahi Ercheng. Yang risau apa yang dilakukan Ercheng akan mengganggu jiran-jirannya tambah-tambah lagi kehadiran Ercheng sememangnya tidak pernah diterima di kawasan perumahan itu sejak lima tahun lalu lagi.

Yang kemudian masuk semula ke dalam rumah dan Ercheng sekali lagi berlari-lari sambil melolong di jalanan. Yang memutuskan untuk tidak mengendahkannya, walaupun pada ketika itu dia mula sedar bahawa bunyi Ercheng agak berbeza daripada kebiasaanya.

Selepas 5-10 minit di naik ke tingkat atas rumahnya, gempa bumi mula berlaku.

Yang sangat terkejut melihat keadaan rumahnya di mana dia mendapati bilik mandinya dalam keadaan ‘huru-hara’. Lantai bilik mandinya ditutup dengan kaca yang pecah.

Ketika itulah dia mulai sedar bahawa Ercheng baru sahaja menyelamatkan nyawanya!

Selepas gempa bumi itu berhenti, Yang segera turun ke bawah untuk mencari Ercheng dan mendapati bahawa dia berada di sebuah ruang terbuka untuk “berlindung.”

Yang berharap bahawa selepas dia menceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Ercheng, jiran-jirannya akan lebih memahami anjing kecil tersebut.

Ramai pengguna Facebook yang membaca status Facebook Yang memuji Ercheng kerana menyelamatkan tuannya. Ada antara netizen yang turut berkongsi kisah tentang tingkah laku anjing mereka yang pelik ketika kejadian gempa itu berlaku.

“Dua ekor anjing kami juga sangat sensitif terhadap gempa bumi. Mereka telah memberi saya lima tanda amaran,” tulis seorang netizen. Dia menambah lagi dengan mengatakan bahawa anjingnya “melolong di langit” pada pukul 9 malam.”

Seorang netizen juga menceritakan pengalamannya dengan mengatakan sebelum kejadian gempa bumi itu berlaku, anjingnya tiba-tiba bangun dan mula berlari. Tidak lama selepas itu gempa bumi itu pun berlaku.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...