Lamaran perkahwinan adalah salah satu isu yang besar terutamanya buat lelaki. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan lamaran mereka bukan sahaja diterima malah tidak akan dilupakan buat selamanya. Namun begitu, tidak semua usaha membuahkan hasil apabila lamaran yang dilakukan tidak diterima. Apa yang lebih menyakitkan apabila lamaran tersebut ditolak di khalayak ramai dan ia sangat memalukan.

Berikut adalah beberapa lamaran di hadapan umum yang gagal, anda pasti terkesima melihat apa yang berlaku terutamanya lamaran #6.

# 1. Lamaran perkahwinan dan ukelele.

Kejadian ini telah berlaku di Dubai. Seorang lelaki dan teman wanitanya yang telah tiga bulan bersama ketika itu berada di pusat membeli-belah di mana mereka bertemu. Ketika mereka menghampiri sekumpulan pemuzik, lelaki itu tiba-tiba mengambil mikrofon dan muncul dengan soalan ‘cepu emas’ buat teman wanitanya.

Namun begitu, gadis itu nampaknya tidak suka dengan lamaran tersebut dan apa yang dilakukannya selepas itu telah membuatkan semua orang di situ terkesima seketika! Tonton video di bawah.

Kredit: You Tube

# 2. Lamaran semasa permainan bola keranjang UCLA.

Lamaran semasa permainan bola keranjang UCLA adalah sesuatu yang biasa. Namun begitu, tidak semuanya berakhir dengan baik, seperti yang berlaku kepada lelaki ini. Dia melutut sebelum mengeluarkan sebentuk cincin kepada teman wanitanya untuk melamarnya. Malangnya, wanita itu menolak lamarannya lalu meninggalkannya di hadapan 10,000 juta penonton dan anda boleh melihatnya di dalam video di bawah.

Kredit: You Tube

# 3. Satu lagi lamaran di gelanggang bola keranjang.

Seorang lelaki dikatakan telah menggunakan helah supaya teman wanitanya berfikir dia telah memenangi pertandingan semasa permainan bola keranjang Washington Wizard. Dia berjalan mengelilingi gelanggang dengan matanya yang ditutup dan kemudian dia disambut dengan lelaki yang yang memakai kostum maskot.

Dia walau bagaimanapun tidak dapat menerima lamaran itu dan terus berlari meninggalkan teman lelakinya yang masih melutut. Tonton video yang membuatkan lelaki tersebut patah hati di bawah.

Kredit: You Tube

# 4. Nampak seperti lakonan, tetapi hakikatnya tidak!

Di Washington DC, seorang pelawak telah melamar teman wanitanya di atas pentas di Riot Act Theatre di hadapan penonton di situ. Walau bagaimanapun lamaran tersebut telah ditolak dan wanita itu meninggalkan teman lelakinya bersendirian di atas pentas.

Kredit: You Tube

# 5. Lamaran semasa persembahan Born Ruffians yang sememangnya tidak kena!

Peringatan buat lelaki yang ingin melamar teman wanitanya: Jika anda ingin melamar teman wanita anda semasa persembahan Born Ruffians, sekurang-kurangnya pastikan dia ada di situ. Apa yang lebih penting ialah pastikan anda memakai baju ketika melamarnya!

Kredit: You Tube

# 6. Itulah dua minit yang paling lama dalam hidup lelaki ini.

Ini bukanlah kegagalan lamaran yang epik kerana gadis itu tidak memukul lelaki dengan ukelele atau lari meninggalkannya tetapi dia telah membuatkan lelaki itu melutut selama hampir dua minit!

Adrian, telah datang untuk melamar teman wanitanya, Libby di salun baharunya. Lelaki itu telah melutut sementara Libby menurunkan akhbar dari cermin salun tersebut. Walau bagaimanapun, dia terlalu menumpukan perhatian pada tugasnya sehingga dia tidak melihat Adrian yang sedang melutut di luar pintu! Apa yang lebih menyakitkan Adrian sebenarnya telah mengalami patah kaki lapan hari sebelum melakukan lamaran itu. Mujurlah usahanya itu tidak sia-sia. Tonton video di bawah ini.

Kredit: You Tube

Sumber: ELITE READERS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds