Aneh, Galeri Foto, INSPIRASI

Elakkan! 12 Perbuatan yang dianggap tidak sopan jika dilakukan di sesetengah tempat, lain tempat lain caranya!

Elakkan! 12 Perbuatan yang dianggap tidak sopan jika dilakukan di sesetengah tempat, lain tempat lain caranya!

Peribahasa ‘jauh perjalanan luas pemandangan’ bermaksud semakin jauh kita menjelajah, semakin dalam dan luas pemikiran kita. Semakin jauh kita merantau, semakin banyak yang kita akan tahu tentang budaya dan adat sesuatu bangsa atau masyarakat di sesuatu tempat.

Dengan perjalanan jugalah kita belajar banyak perkara, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tempat tersebut kerana lain tempat lain caranya.

Berikut adalah 12 perbuatan yang dianggap tidak sopan jika dilakukan di sesetengah tempat.

Bagi kita mungkin semua itu adalah perkara normal tetapi di sesetengah tempat, perkara-perkara tersebut dianggap sesuatu yang tidak sopan dan harus dielakkan. Mari belajar tentang budaya orang luar negara!

#1 Jangan beri tip ketika berada di Jepun

Di tempat lain pemberian tip adalah suatu perkara yang biasa tetapi tidak di Jepun.

Orang Jepun terkenal dengan perkhidmatan mereka yang luar biasa tetapi mereka tidak mengharapkan tip bahkan mereka menganggap tip adalah sesuatu yang merendahkan maruah.

Sumber: tripatrek.com

#2 Jangan gunakan tangan kiri ketika di India

Orang di India menganggap tangan kiri adalah tidak bersih. Oleh itu, gunakan tangan kanan anda ketika di khalayak ramai termasuklah semasa berjabat tangan, mengambil barang atau menukar wang.

Sumber: dreamplango.com

#3 Jangan buka hadiah dengan segera di India

Melakukan perbuatan ini seolah-olah menunjukkan anda seorang yang tamak.

Sumber: phobia.wikia.com

#4 Jangan senyum pada orang asing di Rusia

Orang Rusia menganggap senyuman adalah isyarat intim yang hanya boleh dilakukan kepada seseorang yang anda benar-benar kenal.

Jika anda senyum kepada orang yang tidak dikenali, anda akan dianggap sebagai orang yang berpura-pura atau tidak ikhlas.

Sumber: socialexpression.net

#5 Jangan membunyikan hon kenderaan ketika di Norway

Orang Norway hanya menggunakan hon dalam keadaan kecemasan. Jika anda menggunakan hon merela akan berfikir ada sesuatu yang berlaku dan perkara ini boleh menimbulkan keadaan panik.

Sumber: autoblog.com

#6 Jangan biarkan pinggan makan anda bersih ketika di China

Pinggan yang bersih bermakna tuan rumah tidak memberi anda makanan yang cukup. Tinggalkan sedikit makanan untuk menunjukkan bahawa anda telah menikmati hidangan yang cukup.

Sumber: pinchingyourpennies.com

#7 Jangan bercakap sambil tangan anda diletakkan di dalam poket ketika di Jerman

Orang Jerman menganggap perbuatan ini sebagai sesuatu yang kasar. Ketika makan pula, letakkan tangan anda di atas meja dan jangan biarkan tangan anda terletak di atas pangkuan.

Sumber: slism.com

#8 Jangan lupa untuk menyapa orang ketika di Perancis

Mengucapkan “Bonjour madame, monsieur” adalah amalan biasa dalam kalangan orang Perancis. Gagal berbuat demikian hanya menunjukkan orang tersebut berada di bawah tahap anda.

Sumber: theodysseyonline.com

#9 Apabila berada di Perancis anda dilarang menghembus hidung di khalayak ramai

Orang Perancis menganggap perbuatan ini adalah sesuatu yang menjijikkan. Jika anda perlu menghembus hidung anda, minta diri dan lakukannya di dalam tandas.

Sumber: health.com

#10 Jangan sebut Amerika Syarikat sebagai “Amerika” ketika berada di Amerika Selatan

Ingatlah bahawa Amerika Selatan secara teknikalnya masih berada dalam benua Amerika. Oleh itu, apabila anda memanggil Amerika Syarikat sebagai “Amerika” ketika anda berada di Amerika Selatan, ia menunjukkan bahawa anda tidak menganggap bahagian Selatan layak digelar “Amerika.”

Sumber: aliexpress.com

#11 Jangan duduk di bahagian belakang teksi ketika di Ireland

Ia bertentangan dengan peraturan egalitarianisme ( fahaman bahawa semua orang sama rata dan dengan itu mestilah mendapat hak dan peluang yang sama) dan amalan ini juga turut diamalkan di Australia, New Zealand dan Scotland.

Sumber: progcity.maynoothuniversity.ie

#12 Jangan tanya “Apa yang kamu lakukan?” ketika bercakap dengan seseorang ketika di Netherlands

Netherlands mempunyai sistem kebajikan sosial yang luas dan pertanyaan seperti ini menunjukkan anda adalah seorang yang prejudis atau diskriminasi.

Sumber: eraliving.com

Sumber: Elite Readers 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...