Kisah Inspirasi, Pesona

Dengar bunyi tangisan dari sebuah beg plastik yang dilemparkan, pemungut sampah ini terkejut melihat apa yang ada di dalamnya!

Dengar bunyi tangisan dari sebuah beg plastik yang dilemparkan, pemungut sampah ini terkejut melihat apa yang ada di dalamnya!

Apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang pemungut sampah di bandar Florida, Miami, sedang memungut beberapa beg sampah, dia menemui sesuatu yang ‘kejam’ telah berlaku terhadap seekor haiwan.

Pekerja itu terkejut apabila dia mendengar jeritan yang kuat dan menyedihkan datang daripada salah satu beg yang baru sahaja dilemparkan ke belakang traknya. Sebaik sahaja dia membuka beg plastik itu, dia mendapati ada seekor anak anjing berusia 4 minggu di dalam beg itu.

Posted by Redland Rock Pit Abandoned Dogs Project, Inc. 501c3 on Saturday, December 16, 2017

“Siapa pun yang meninggalkan anjing itu di sana jelas mahu anak anjing itu mati kerana anjing itu pasti akan mati kelemasan kerana beg plastik itu telah diikat mati,” kata Jessie Pena, naib presiden Projek Anjing Terbiar Redland Rock Pit di Miami, kepada The Dodo.

“Saya fikir dia baru ditinggalkan kerana dia masih hidup dan menangis.”

Walaupun berada dalam keadaannya yang menyedihkan, anjing itu tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan oksigen. Dia hanya mempunyai beberapa kesan bengkak di kepalanya.

Posted by Redland Rock Pit Abandoned Dogs Project, Inc. 501c3 on Saturday, December 16, 2017

“Kami membawanya berjumpa doktor haiwan dan doktor mengesahkan bahawa anak anjing itu mengalami patah tulang,” kata Pena. “Dia tidak dapat makan, dia tidak dapat berjalan, dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika pertama kali membawanya.”

Anak anjing itu kemudiannya diberi nama Merry kerana dia ditemui sebelum Krismas.

Posted by Redland Rock Pit Abandoned Dogs Project, Inc. 501c3 on Tuesday, December 19, 2017

Setelah menerima penjagaan rapi Merry mula menunjukkan perubahan positif. Dia mulai sembuh. Bengkak pada tubuhnya mulai berkurang, dia juga sudah boleh makan. Selain itu, Merry juga sudah boleh berjalan walaupun langkahnya agak terhad kerana dia masih tidak punya banyak tenaga.

Posted by Redland Rock Pit Abandoned Dogs Project, Inc. 501c3 on Saturday, December 16, 2017

Merry bahkan mula mempercayai orang ramai.

“Doktor haiwan mengatakan bahawa dia sangat baik dan hanya mahu dipeluk,” kata Pena. “Dia mengenali orang yang menjaga dia. Merry kini berada dalam penjagaan keluarga angkat dan akan diadopsi setelah dia sembuh sepenuhnya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...