Pesona, VIDEO

Cucu ini menjumpai kotak lama ungu milik neneknya. Apa yang ‘tersembunyi’ di dalamnya adalah harta berusia 100 tahun!

Cucu ini menjumpai kotak lama ungu milik neneknya. Apa yang ‘tersembunyi’ di dalamnya adalah harta berusia 100 tahun!

Tradisi menyimpan kek perkahwinan yang paling atas adalah sesuatu yang biasa dilakukan. Kek tersebut kemudiannya akan disimpan di dalam peti sejuk dan akan dimakan setahun selepas itu, ketika pasangan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.


Kredit: YouTube | Inside Edition

Harvey dan Inez Warninger telah merancang untuk melakukan tradisi tersebut. Mereka telah berkahwin pada 17 Mac 1915 dan telah ‘menyelamatkan’ bahagian atas kek untuk ulang tahun pertama mereka demi menjayakan rancangan mereka. Namun disebabkan kesibukan menguruskan keluarga mereka tidak berpeluang memakan kek yang disimpan itu.

Ronald yang merupakan cucu Warninger masih ingat akan kek itu ketika dia masih kecil. Kek itu dikatakan telah disimpan di dalam peti sejuk dan dia juga tidak dibenarkan untuk menyentuh kek tersebut.


Kredit: YouTube | Inside Edition

Walau bagaimanapun, sebelum beberapa hari menjelang ulang tahun perkahwinan datuk dan neneknya yang ke-100, kakak Ronald telah memanggilnya untuk bertanya kepadanya adakah dia tahu di mana terletakknya kek tersebut.

Ronald berkata bahawa dia pernah melihat kek tersebut sejak tahun 50-an lagi. Dia walau bagaiamanapun turut membantu mencari kek sehingga ke ruang bawah tanah rumah namun usahanya tidak membuahkan hasil. Dia menganggap kek itu telah hilang.

Tetapi semasa Ronald menemui sebuah kotak kecil berwarna ungu di garaj rumahnya di Washington, dia serta-merta yakin bahawa itu adalah kek yang dicari-cari. Bersama kek itu terdapat sebuah puisi tulisan tangan daripada kawan neneknya.


Kredit: YouTube | Inside Edition

© Kredit: YouTube | Inside Edition

Dia membuka kotak itu dan mendapati sebuah kek perkahwinan yang kelihatan masih sempurna dengan aising putih yang indah tersusun di atas kek walaupun telah ‘berusia’ hampir seratus tahun.

Bersama dengan kek itu adalah sekeping nota buat Inez dari sahabatnya yang ditulis 10 tahun sebelum dia berkahwin.


Kredit: YouTube | Inside Edition

Ronald terkejut kerana tidak menyangka dia akan menemui semula kek itu selepas bertahun-tahun. Kek it masih dalam keadaan baik walaupun telah melalui dua kali perang dunia, berpindah, menyaksikan kelahiran anak, cucu dan cicit dalam keluarga itu.

Ronald kemudian memutuskan untuk terus menyimpan kek tersebut sebagai pusaka keluarga yang berharga.


Kredit: YouTube | Inside Edition

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...