Kawasan pantai Sydney menggemparkan ramai setelah kemunculan satu ‘makhluk asing’ dikenali sebagai Blue Ocean Slugs atau nama saintifiknya glaucus atlanticus yang tidak pernah kelihatan sebelum ini.

Dikatakan, makhluk yang kelihatan seperti naga berwarna biru ini boleh mengundang bahaya sekiranya disentuh!

Penemuan hidupan laut aneh ini benar-benar menggemparkan seluruh masyarakat di Australia. Apatah lagi apabila pakar menyarankan orang ramai untuk tidak sesekali mendekatinya kerana hidupan ini dikatakan mempunyai sengatan yang berbisa.

Menurut seorang pakar dari Muzium Australia, Melissa Murray, “Hidupan ini sememangnya cantik tetapi berasal dari keluarga obor-obor yang mempunyai sengatan beracun”.

Glaucus atlanticus biasanya mempunyai sesungut. Jika ada hidupan lain cuba menyerangnya, ia akan menggunakan sesnugut sebagai pertahanan. Jadi, jika anda terlihat hidupan ini, jangan pegang dengan tangan anda. Gunakan baldi berisi air”.

Haiwan aneh ini juga hanya memakan obor-obor yang beracun dan akan menyedut racun tersebut untuk disimpan dan digunakan ke atas mangsa lain. Dikatakan haiwan ini juga boleh membesar sehingga 3 sm panjang!

Selain itu, haiwan yang jarang ditemui ini juga cenderung untuk menjadikan kawasan air tropika suam sebagai habitat yang sesuai. Disebabkan itu, ‘naga biru’ ini kerap kali terdampar ke pinggir pantai.

Sumber: Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds