GLOBAL, Misteri & Fenomena, VIDEO

Mimpi ngeri! Penumpang kapal kongsi momen cemas ketika kapal persiaran dari Bahmas dilanda ribut dan badai di tengah laut!

Mimpi ngeri! Penumpang kapal kongsi momen cemas ketika kapal persiaran dari Bahmas dilanda ribut dan badai di tengah laut!

Berlayar dengan kapal persiaran mewah dari Bahamas ke New York untuk merayakan Tahun Baru sepatutnya menjadi percutian yang meninggalkan memori manis bagi ribuan penumpang kapal pelayaran The Norwegian Breakaway.

Tetapi angan-angan itu nampaknya tidak menjadi realiti apabila penumpang mengalami ‘mimpi ngeri’ akibat badai besar yang melanda sepanjang pelayaran tiga hari di atas kapal itu.

Hujan telah turun selama tiga hari, tidak hanya itu salji yang turun turut menambah ketakutan para penumpang ditambah lagi dengan paras air laut yang semakin tinggi sehingga masuk ke dalam ruangan dalam kapal mewah tersebut.

Kapal pelayaran The Norwegian Breakaway dikatakan telah berlayar cuaca buruk termasuk ribut musim sejuk sehingga menimbulkan kebimbangan penumpang.

Penumpang kapal telah berkongsi video yang menunjukkan ombak melanda di atas dek bawah kapal.

Ombak besar dan tinggi dapat dilihat melalui tingkap kaca kapal tersebut dan keadaan ini telah menimbulkan ketakutan dan rasa panik penumpang.

Keadaan semakin membimbangkan apabila air sudah mulai masuk ke dalam ruangan kapal tersebut. Air kelihatan mulai turun seolah-olah ‘hujan’ dari siling tingkat atas kapal menyebabkan ‘banjir’ di ruang balkoni kapal sehingga pekerja terpaksa menadah air tersebut.

Ruangan mewah dalam kapal yang seharusnya menjadi tempat untuk dinikmati tetapi tidak lagi selepas air mula memasuki kapal itu.

Para pekerja bertungkus lumus mengelap lantai yang basah akibat air yang turun dari tingkat atas kapal.

Para penumpang turut berkongsi pengalaman mereka melihat sendiri ombak yang mengganas melalui tingkap kapal tersebut. Ada yang mendakwa paras air laut ketika itu sangat tinggi sehingga boleh mencapai balkoni yang ada di tingkat 11.

Ombak kuat dan hujan yang berterusan menyebabkan air masuk ke dalam kapal sehingga mencapai tingkat 11!

 

Tidak cukup dengan itu, salji juga turun dengan lebat ketika itu.

Badai yang berlaku telah meninggalkan salji dan ais yang meliputi dek dan balkoni kapal mewah itu.

  

Walaupun 4,000 orang penumpang berjaya kembali ke New York, ramai antara mereka masih dihantui dengan pengalaman ngeri itu. Syarikat pelayaran itu berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan cuaca adalah ‘lebih kuat daripada yang dijangkakan’ dan mereka memohon maaf atas segala ketidakselesaan yang dialami para penumpang sepanjang pelayaran tersebut.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...