JITRA – Kereta milik seorang guru sekolah rendah hangus terbakar setelah powerbank yang ditinggalkan di dalam kereta meletup dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang, 8 Februari.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan parkir di SK Paya Kemunting itu, guru yang juga pemilik kenderaan jenis Honda CR-V tersebut iaitu Cikgu Arif tanpa sengaja telah meninggalkan powerbank di dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung.

Memandangkan cuaca dan suhu pada ketika itu terlalu panas, powerbank tersebut meletup sekali gus menyebabkan kebakaran yang besar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Mustakim Mukhtar memaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dijalankan.

Berdasarkan rakaman video kurang seminit yang dirakamkan salah seorang pekerja kantin sekolah, dilihat para guru hanya menyaksikan kebakaran berkenaan tanpa melakukan sebarang bantuan kecemasan yang dapat mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.

Perkara ini membuatkan netizen mula melontarkan pandangan masing-masing dengan mempertikaikan tindakan para guru yang tidak menggunakan alat pemadam api sementara menunggu ketibaan anggota bomba.

“Cikgu sekolah juga perlu belajar bagaimana untuk padam kebakaran. Di sekolah ada alat pemadam api. Tengok sahaja..”

carved

Powerbank merupakan sejenis alat yang penting pada zaman ini kerana ia mampu membekalkan kuasa pengecasan untuk peralatan elektronik terutamanya telefon pintar. Namun, walaupun powerbank mempunyai kebaikannya kepada kita, ia juga ternyata mampu mendatangkan keburukan yang dahsyat!

Sumber: Facebook/Zakwan Azman

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds