Satu perkataan yang mudah dan memberi makna mampu memberi kesan positif kepada kehidupan seseorang.

Seorang gadis yang sedang mengalami masalah kemurungan telah melangkah ke sebuah kafe dengan wajah yang suram bersama niat untuk mengakhiri kehidupannya. Dan seorang barista telah menulis satu perkataan di permukaan cawan kopinya yang telah memberi kesan kepada hari suram dan kehidupan gadis ini.

Bekah Georgy dari Salem, Massachusetts mengalami penderitaan dengan penyakit anoreksia selama hampir separuh hayatnya, dan sering berfikir untuk membunuh diri setiap kali penyakitnya menjadi buruk. Tetapi kebanyakan orang di sekeliling tidak menyedari Bekah sedang mengalami masalah jiwa ini.

Bekah menulis kepada The Mighty, “Apabila melihat saya, anda mungkin menganggap saya seorang yang gembira, ceria dan hidup dengan penuh kebahagiaan.”

Facebook/ Bekah Georgy

Bekah menambah,”Tetapi anda tidak mengenali diri saya yang sebenar. Anda tidak tahu di sebalik senyuman ini, wujud seorang gadis yang mempunyai jiwa yang sudah rapuh dan hampir jatuh berkecai. Anda tidak tahu gadis ini begitu membenci dirinya sendiri, membiarkan diri kebuluran buat sekian lama dalam usianya yang masih muda. Dan atas sebab itu, gadis ini telah mencuba untuk mengakhiri nyawanya sendiri sebanyak lima kali.”

Pada bulan Oktober 2015, Bekah mengalami hari yang sangat sukar selepas menjalani satu sesi terapi rawatan jiwa yang amat buruk bersama seorang doktor yang teruk.

Wikipedia Commons/KLNMAX

Menurut Bekah, “Saya berasa diri ini seperti tidak lagi berguna dan ingin berputus asa, secara tiba-tiba fikiran untuk membunuh diri menjadi semakin menebal. Apabila penyakit anoreksia saya menjadi semakin teruk, hanya kopi sahaja yang boleh diisikan ke dalam perut ini.”

Bekah kemudian pergi ke kafe Starbucks dan memesan satu cawan kopi ais, satu langkah yang telah mengubah kehidupan dan tidak akan dapat dilupakannya.

Facebook/ Bekah Georgy

Apabila Bekah menerima pesanan kopi ais daripada seorang barista di kafe itu, dia menyedari barista ini telah menulis perkataan ‘SENYUM!’ dan barista ini juga melukis wajah senyum di permukaan cawan kopi ais tersebut.

Melihat perkataan itu, Bekah berkata, “Apabila saya membaca perkataan itu, saya terus tersenyum secara semulajadi.”

Facebook/ Bekah Georgy

Dalam surat kepada The Mighty, Bekah menujukan surat itu kepada barista yang telah menyelamatkan nyawanya. Bekah mengucapkan rasa terima kasih kepada Barista tersebut yang berfikir tugas sehariannya itu hanya perkara biasa , tanpa menyedari bahawa perkataan biasa paling kecil di cawan kopi ais itu telah mengubah harinya yang kelam dan kemungkinan kepada nyawanya pada hari itu.

Bekah menulis, “Mungkin kamu menulis perkataan ‘senyum’ atas minuman saya kerana kamu melihat tiub makanan itu. Atau mungkin kamu dapat melihat masa lampau kamu apabila melihat senyuman palsu saya kerana kamu juga pernah berada dalam situasi seperti saya. Apa pun, saya sangat bersyukur. Kamu tidak perlu menjadikan pesanan kopi saya begitu istimewa. Kamu sepatutnya melayan saya seperti pelanggan jelek yang lain. Tetapi kamu mengambil sedikit masa untuk mengubah keadaan dan hari seseorang yang telah dipenuhi dengan pelbagai perkara negatif kepada sedikit perkara menjadi positif.”

Facebook/ Bekah Georgy

Tidak diketahui sama ada barista itu telah membaca surat Bekah, tetapi beliau pasti mengetahui cara untuk mengubah hari seseorang  menjadi lebih baik dan dalam kes Bekah , barista ini telah menyelamatkan nyawanya yang hampir ditamatkan pada hari tersebut. Sedikit sahaja tindakan mulia yang kecil mampu mengubah kehidupan seseorang untuk jangka masa panjang.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds