INSPIRASI, NASIONAL, Pesona

Dr Amalina Bakri kongsi 12 tips cara belajar paling berkesan yang boleh diamalkan pelajar!

Dr Amalina Bakri kongsi 12 tips cara belajar paling berkesan yang boleh diamalkan pelajar!

Nama Amalina Bakri bukan lagi asing dalam kalangan kita, rakyat Malaysia sejak kepintarannya terbukti dengan mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Namun begitu, beliau lebih suka dikenali sebagai Amalina Bakri daripada dikenali sebagai pelajar pintar yang pernah memperoleh 17A1 dalam SPM.


Bagi yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan, sebenarnya beliau punya ‘rahsia’ belajar yang tersendiri.

Mahu tahu apa rahsianya? Ini dia perkngsian daripada Dr Amalina sendiri…

Menurut Dr Amalina, beliau tidak memaksa dirinya untuk mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran bahkan beliau menjadikan sesi pembelajaran itu sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah beliau tidak berasa penat walaupun telah menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji.

“Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan,” katanya.

Bagi pelajar yang mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati nota dan formula subjek tertentu, anda boleh ikuti tips yang dikongsikan Dr Amalina ini;

  • Buat nota ringkas
  • Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru
  • Buat kata kunci
  • Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  • Buat latih tubi kerana lama-kelamaan anda akan lebih mudah untuk mengingati
  • Ulang kaji di rumah secara berterusan.

Selain itu, doktor pintar ini juga turut berkongsi tips untuk menguatkan ingatan selepas mengulang kaji pelajaran. Bagi yang bergelar pelajar, ini tips yang boleh anda praktikkan;

  • Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Fikir perkara berfaedah sahaja
  • Elak berfikir perkara yang boleh merosakkan akal dan minda
  • Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
  • Elak minum minuman yang berkarbonat

Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan langkah anda untuk mencapai kejayaan yang anda impikan. Semoga perkongsian daripada Dr Amalina dapat membantu anda dalam pelajaran anda. Semoga berjaya!

Sumber: GPS Bestari

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...