Dowry atau hantaran dalam masyarakat India merupakan sistem tradisional yang telah diharamkan di India sejak tahun 1961. Ianya melibatkan pemberian hadiah sama ada dalam bentuk wang atau harta oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki.

Walaupun ianya telah dimansuhkan, masih terdapat segelintir masyarakat yang mengamalkannya. Lebih buruk lagi, isu dowry ini turut menjadi punca peningkatan kes-kes penderaan serta pembunuhan dalam zaman kini. Menakutkan!

Evening Standard

Misalnya, kes yang baru berlaku kebelakangan ini melibatkan tuduhan seorang isteri terhadap suaminya. Menurut dakwaan wanita berkenaan, si suami telah mencuri buah pinggangnya sebagai ganti kepada dowry yang masih belum ‘dilangsaikan’.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2005 dengan hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan sebanyak RM11,000 termasuk barangan berupa emas dan perak. Walau bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki tidak bersetuju dengan nilai hantaran tersebut dan meminta nilai yang lebih tinggi.

The Malaysian Times

Rita Sarkar dikatakan menjalani kehidupan ‘seperti dalam neraka’ selama 12 tahun perkahwinannya bersama suami. Daripada menjadi seorang isteri, Rita mula dilayan seperti sampah dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suami dan keluarga mertuanya berikutan hutang dowry sebanyak RM12,300 yang masih tertunggak.

Hindustan Times

Segalanya bermula pada dua tahun lalu apabila Rita, 28 tahun yang berasal dari Bengal barat merasakan kesakitan pada perutnya. Justeru, si suami telah membawanya ke sebuah hospital swasta yang terletak di Kolkata.

“Selepas pemeriksaan, saya diberitahu pekerja perubatan bahawa mereka perlu menjalankan pembedahan mengeluarkan apendiks dengan segera. Namun, sehari selepas menjalani pembedahan, kesakitan itu semakin perit di bahagian belakang”.

Menurut Rita lagi, “Suami melarang saya agar tidak menceritakan mengenai pembedahan tersebut kepada sesiapa. Saya merayunya untuk membawa saya berjumpa doktor bagi merawat kesakitan tetapi tidak diendahkan”.

BookRetreats.com

Laporan daripada The Washington Post menyatakan bahawa Rita telah dikurung di dalam rumahnya beberapa bulan selepas kejadian.

Hanya kira-kira tiga bulan lalu, baru Rita dibawa ke Hospital dan Kolej Perubatan Utara Bengal oleh saudara sebelah keluarga ibu bapanya. Mengejutkan, setelah doktor menjalankan pemeriksaan ultra bunyi terhadap Rita untuk mengenalpasti punca kesakitan yang dialami, buah pinggang kanan Rita didapati telah hilang!

Tidak berpuas hati dengan ujian berkenaan, Rita menjalani ujian kedua di hospital lain di Malda dan mendapati keputusan yang sama diberikan. Buah pinggang kanannya tiada manakala buah pinggang kiri pula telah dijangkiti kuman.

Mangalam

Berikutan berita mengejutkan ini, Rita bersemuka dengan suaminya untuk mendapatkan pengesahan. Walau bagaimanapun, suaminya mendakwa Rita sendiri telah memberikan persetujuan untuk mendermakan buah pinggangnya malah telah menandatangani surat kebenaran.

“Saya terkedu. Sekarang baru saya faham mengapa dia melarang saya untuk membongkarkan kisah pembedahan itu. Buah pinggang saya telah dijual semata-mata untuk melangsaikan hantaran”.

Vice

Rita kemudian mengambil keputusan untuk menfailkan laporan di balai polis Farakka terhadap suaminya, Biswajit Sarkar yang merupakan seorang pedagang pakaian, abang iparnya, Shyamal dan juga ibu mertuanya, Bularani.

Pada 4 Februari, suami dan abang iparnya telah ditahan manakala ibu mertuanya pula kini melarikan diri. Bagaimanapun, suami Rita mengakui telah menjual buah pinggang isterinya kepada seorang usahawan di Chhattisgarh.

Walaupun negara India telah memperketatkan undang-undang pengharaman dowry ini sejak tahun 1980-an bagi melindungi kaum wanita, amalan ini tetap wujud sehingga kini terutamanya oleh masyarakat di kawasan pendalaman yang menganggap anak gadis sebagai ‘bebanan’.

Sumber: World of Buzz

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh

Video Popular

Ad will display in 09 seconds