Kita pasti pernah lihat teknologi pengecaman wajah yang digunakan dalam filem RoboCop. Ia cukup hebat kerana berjaya mengenalpasti penjenayah yang dikehendaki di kalangan orang ramai. Menariknya, teknologi ini kini digunakan oleh pasukan polis di China.

Pada pandangan pertama, cermin mata ini kelihatan seperti Google Glass, tetapi ia sebenarnya disambungkan terus ke pangkalan data polis.

Shanghaiist

Shanghaiist

Ini bermakna cermin mata berwarna hitam ini dapat memeriksa dan menyemak semula butiran peribadi mereka dengan suspek jenayah di pangkalan data. Malah, sekurang-kurangnya 7 orang yang disyaki penjenayah dan 26 orang pemegang kad pengenalan palsu dilaporkan berjaya ditangkap dalam masa dua bulan sahaja dengan bantuan cermin mata ini. Hebat!

Selain itu, para pegawai di pusat kawalan polis dapat melihat apa yang dilihat oleh anggota polis semasa bertugas. Inilah rupa pusat kawalan polis:

Shanghaiist

Teknologi canggih ini juga digunakan secara besar-besaran di rangkaian kamera pengawasan di Guizhou. Untuk mengetahui sejauh mana kamera ini berkesan, seorang wartawan BBC, John meminta imejnya ditandakan oleh pihak berkuasa untuk melihat berapa lama masa yang diperlukan untuk mencarinya.

Shanghaiist

Hasilnya mengagumkan. Dalam masa tujuh minit, John masuk ke sebuah bangunan dan dia segera didatangi oleh anggota polis ketika imejnya menimbulkan penggera di bilik kawalan.

Setakat ini, China sudah mempunyai lebih 170 juta kamera CCTV yang beroperasi, dan beberapa 400 juta lagi akan dipasang dalam tempoh tiga tahun akan datang. ‘Mata’ ini dapat memadankan kad pengenalan anda dengan wajah anda, dan wajah anda dengan kereta anda. Apa-apa percanggahan boleh menyebabkan anda dalam masalah.

Shanghaiist

Ia juga boleh digunakan untuk mengesan pergerakan seseorang sepanjang minggu dan merekodkan orang yang telah bersosial dengannya. Sangat canggih!

Jika teknologi ini terbukti berkesan di negara besar seperti China, maka secara teorinya ia harus berfungsi lebih baik di negara yang kecil seperti Malaysia. Persoalannya – adakah kita sudah bersedia?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds