INSPIRASI, Kisah Inspirasi

Nenek 92 tahun hidup bersendirian, niat tidak mahu menyusahkan sesiapa sehingga keranda sendiri sudah dipersiapkan

Nenek 92 tahun hidup bersendirian, niat tidak mahu menyusahkan sesiapa sehingga keranda sendiri sudah dipersiapkan

Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan pada zaman ini, usia manusia semakin meningkat dan bertambah lanjut. Akan tetapi, seiring dengan bertambahnya usia manusia dan mereka menjadi tua, bahagiakah perasaan orang tua apabila kehidupan mereka dikelilingi kasih sayang anak dan cucu seperti mana yang diharapkan?

Setelah melihat kehidupan nenek berusia 92 tahun ini, kita patut berfikir sejenak, apakah maksud kebahagiaan itu di dalam hati sesetengah warga tua?

Kredit : GreatDaily

Nenek tua berusia 92 tahun ini hidup di kawasan pergunungan dan tinggal di rumah yang usang tanpa ditemani sesiapa. Meskipun mempunyai lima orang anak, nenek ini hidup bersendirian dengan keadaannya yang sudah uzur.

Jika kita masih mempunyai orang tua yang kita sayangi, pasti hati kita berasa terkesan melihat nenek ini. Bagaimana nenek setua ini boleh hidup bersendirian tanpa dijaga oleh anak-anak yang sepatutnya mengambil berat dan menjaga kebajikannya.

Melihat tempat tinggal nenek ini yang telah usang dan agak daif benar-benar memerlukan pemerhatian. Nenek ini menunggu sisa-sisa kehidupannya di atas gunung itu, sehingga sudah bersedia membuat kerandanya sendiri.

Seorang wartawan yang datang melawat nenek ini telah bertanya kepadanya apabila beliau sedang mengalihkan beberapa batang kayu, “Kayu-kayu ini untuk apa nenek?”

Kredit : GreatDaily

Nenek ini menjawab sambil bekerja, “Umur saya sudah tua, sudah 92 tahun sekarang. Saya sedang membuat keranda untuk diri sendiri. Kayu-kayu ini saya ambil dari gunung di atas sana.”

Nenek ini kemudian duduk di tepi pintu dan mula menceritakan kehidupannya.

Nenek ini sebenarnya mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Semua sudah berusia dalam lingkungan lima puluh dan enam puluh tahun.

Semua anak-anaknya masih sihat, akan tetapi tiada seorang pun yang mahu tinggal bersamanya.

Kredit : GreatDaily

Ketika wartawan ini mahu masuk ke rumahnya, nenek ini dengan segera telah melambaikan tangan dan berkata, “Jangan, jangan masuk, rumah ini tidak lagi kuat, sudah usang.”

Namun, setelah didesak wartawan ini sambil memujuknya, akhirnya nenek ini membenarkan dan membawa wartawan ini masuk ke dalam ‘rumah’ tersebut.

Kredit : GreatDaily

Setiap sudut rumah ini sudah nampak rosak dan mereput. Rumah ini yang diperbuat dari kayu yang sudah tua, nampaknya tidak mampu lagi menahan tiupan angin dan hujan yang turun. Rumah ini masih berdiri tegak kerana ditampung oleh tiang-tiang buluh yang dicacakkan di sebelah tiang kayu sebenar.

Kredit : GreatDaily

Nenek ini berkata, beberapa hari sebelumnya, beberapa orang tidak dikenali yang baik hati telah datang melawatnya dan memberinya wang.

Tempat tidur nenek ini yang sudah lusuh dan lantainya yang sudah usang adalah tempat tidurnya sehari-hari.

Kredit : GreatDaily

Dan periuk ini adalah satu-satunya peralatan dapur nenek ini.

Kredit : GreatDaily

Walaupun melihat kehidupannya amat sukar dan perit, nenek ini masih mampu mengukir senyuman yang ikhlas.

Kredit : GreatDaily

Periuk nasi yang dimiliki nenek ini sangat kotor. Nasi yang dimasak itu adalah untuk makanan sehariannya.

Kredit : GreatDaily

Walaupun sudah sejuk , nenek ini menghabiskan setiap butir nasi yang amat berharga baginya.

Kredit : GreatDaily

Ditanya mengenai kelima-lima orang anaknya, nenek ini menjelaskan, anak lelaki sulungnya bekerja di lombong arang batu, anak lelaki kedua mengikut isteri dan tinggal bersama bapa mertua, manakala anak lelaki ketiga tidak diketahui tinggal di mana. Sementara dua orang anak perempuannya sudah lama berkahwin dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

Kredit : GreatDaily

Setelah mendengar cerita nenek ini  yang tidak pun bersedih, wartawan ini pun terdiam dan tidak tahu lagi untuk berkata apa-apa.

Nenek ini bukan seorang tua yang kesepian, tetapi beliau mengatakan anak-anaknya tidak mahu mengambil berat hal ibu mereka. Dan nenek ini tidak mempedulikan hal itu.

Nenek ini hanya berharap ada sesiapa di antara mereka yang datang menjenguk dan menemaninya sekali sekala.

Atap rumah ini sudah usang dan bocor di sana sini. Jika hujan lebat yang turun, pasti air hujan akan masuk terus ke dalam rumahnya. Sudut rumah yang lembab pula telah ditumbuhi cendawan liar.

Kredit : GreatDaily

Sepasang tangan nenek ini telah dipenuhi kalus dan kulit kematu yang sudah menebal, kesan kerja keras nenek ini yang telah mengharungi pahit getir kehidupan di sepanjang usianya.

Melihat kepada kerutan dan kedutan di wajah nenek ini yang telah lama merasai liku-liku kehidupan, serta rumah usangnya yang hampir rebah, bersama keranda yang telah dipersiapkan, hati siapa yang tidak sedih melihat keadaan orang tua yang seperti ini.

Setiap hari nenek ini meneruskan rutin hariannya ke hutan dan mencari kayu yang boleh digunakan. Sehingga saat kematiannya juga nenek ini memikir tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Keranda untuk diri sendiri juga telah tersedia dan menunggu harinya.

Sumber :twgreatdaily.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...