Salah satu keistimewaan menjadi kerabat diraja adalah mempunyai staf di dapur yang ramai sekali gus dapat memenuhi segala keinginan baginda. Kesemua stafnya juga pasti sedia maklum akan makanan apa yang tidak disukai baginda, selain bekerja keras dalam menyediakan makanan yang digemarinya.

Baginda juga dikatakan agak memilih menu makanan yang disediakan untuknya. Oleh yang demikian, adalah penting untuk staf dapur di istana untuk betul-betul mengetahui makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan baginda. Jika anda ingin tahu apakah makanan itu, teruskan membaca.

#1 Kentang

eatwell101

Untuk pengetahuan anda, baginda memang tidak menggemari kentang. Jadi, tiadalah kentang goreng!

#2 Daging steak yang mentah

thespruce

Mungkin ada sesetengah individu yang sangat sukakan daging steak mereka kurang masak. Hal ini berbeza dengan Ratu Elizabeth II yang langsung tidak suka daging steaknya ‘berdarah’ dan mentah.

#3 Telur bewarna putih

dailytrust

Baginda menggemari telur bewarna coklat ekoran rasanya yang lebih enak. Baginda sukakan telur itu dimasak hancur sahaja dan dimakan bersama ikan salmon dan truffle (sejenis cendawan) semasa Hari Natal.

#4 Pasta

seriouseats

Baginda Ratu tidak menggemari memakan pasta sebagai menu makan tengah hari. Menurut chef khas kerabat diraja tersebut, Darren McGrady, Ratu Elizabeth II tidak akan membenarkan dirinya memakan sebarang kanji. Oleh sebab itu, pilihan menu makan tengah harinya adalah ayam bakar, atau ikan bersama dua jenis sayuran, ataupun satu mangkuk besar salad.

#5 Kerak roti

australian.kitchen

“Saya pernah ditegur kerana menjamu Ratu Elizabeth II dengan sandwich lengkap dengan bahagian tepi kerak roti”, jelas bekas chef diraja, Owen Hodgson. Ratu menyukai sandwich tuna sebagai menu minum petangnya. Ia haruslah lengkap disapu mentega, mayonis, hirisan timun, sedikit lada sulah dan yang paling penting, harus dipotong bahagian tepi kerak roti tersebut.

#6 Buah-buahan tidak bermusim

fruitizm

Baginda lebih gemar dan hanya akan memakan buah-buahan mengikut musim sahaja. Seperti apa yang pernah dikongsi oleh McGrady ; “Kamu boleh berikan baginda buah strawberi pada setiap hari ketika musim panas di Balmoral dan baginda akan menerimanya. Tetapi, jangan pula kamu memberikannya buah itu pada bulan Januari kerana baginda akan berkata, “Jangan berani memberikan saya makan buah strawberi yang telah dimodifikasi genetiknya”.

#7 Pisang

steptohealth

Baginda bukan tidak sukakan pisang, tetapi baginda memakan buah pisang dengan cara yang sedikit berbeza berbanding dengan orang biasa seperti kita. Baginda lebih selesa memakan pisang dengan menggunakan pisau dan garfu – buangkan kulitnya terlebih dahulu sebelum memotong isinya.

#8 Teh dengan pemanis

inkandchocolate

Hanya berikan Ratu dengan teh Earl Grey bersama susu sahaja – tiada gula. Baginda lebih suka tehnya tidak mempunyai pemanis.

#9 Bawang

express.co.uk

Baginda mungkin mahu menghindari daripada nafas berbau yang membuatkan baginda tidak suka makan makanan yang mempunyai bawang.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds