HIBURAN, INSPIRASI, Ria

Poster filem terbaru The Rock kelihatan pelik dan membuatkan netizen ‘bertungkus-lumus’ membetulkannya

Poster filem terbaru The Rock kelihatan pelik dan membuatkan netizen ‘bertungkus-lumus’ membetulkannya

Ramai individu mula menggelar The Rock sebagai ‘The Rock-et’ setelah pelakon handalan ini memuat naik poster filem terbarunya yang akan membuat kemunculan di pawagam tidak lama lagi.

Filem bertajuk Skyscraper ini merupakan sebuah filem yang padat dengan aksi lasak di mana aktor berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk membuat pemeriksaan keselamatan di bangunan tertinggi dunia, The Pearl.

Namun, poster berkenaan dengan serta-merta meraih bermacam-macam reaksi melucukan daripada netizen kerana ada sesuatu yang tidak kena pada gambar berkenaan.

Jika anda perhatikan dengan lebih teliti, anda fikir adakah The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson akan selamat setelah melompat dari ketinggian tersebut? Perhatikan sekali lagi…

Ramai individu menyedari ada sesuatu yang tidak kena tentang gambar poster berkenaan. Hal ini dibuktikan dengan ukuran matematik dan carta beserta dengan kiraan formula tertentu yang menyatakan The Rock pasti akan mengalami kecederaan parah atau mungkin menemui ajal jika poster berkenaan benar-benar berlaku.

Dalam erti kata lain, netizen ingin memberitahu semua orang bahawa suntingan gambar poster tersebut tidak bertepatan dengan fakta dan realiti yang bakal terjadi.

Berdasarkan kepada tafsiran daripada tweet seorang netizen bernama James Smythe, “Merah menandakan dia (The Rock) membuat lompatan awal; hijau pula menandakan The Rock berlari terus dan tidak kehilangan momentum; kuning pula jika The Rock membuat lompatan tanpa berlari. Apa-apa pun yang anda pilih, semoga The Rock tenang di sana”.

Ada juga netizen yang mencipta teori lain seperti kemungkinan wujud faktor lain.

“Andaikan dia melompat dari kanan ke kiri. Mungkin letupan besar itu menyebabkan dia melayang keluar dari bangunan dan bakal menghempap kren itu.”

“Ah HA! Anda semua salah tafsir! Sebenarnya ada meriam manusia muncul secara tiba-tiba!”

Lebih melucukan lagi, pakar PhotoShop turut mengambil kesempatan untuk membetulkan kesilapan suntingan poster tersebut. Apa-apa pun, ianya agak melucukan!

#1 The Rock mungkin akan berjaya sekiranya dia meluncur seperti ini

#2 Ya, belon-belon itu mampu berfungsi sebagai alat untuk mengapungkan The Rock ketika berada tinggi di udara

#3 Segalanya baik-baik sahaja seandainya kren tersebut dipanjangkan terus ke tingkap itu!

#4 Sebenarnya The Rock bukan melompat ke arah tingkap tetapi ke arah kereta terbang di bawahnya

Sungguh menghiburkan!

Sumber: Bored Panda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:HIBURAN INSPIRASI Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...