Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang berasal dari Michigan telah memulakan trend baharu apabila beliau berkongsi video anjing Golden Retriever ibu saudaranya yang bernama Sookie yang sangat berhati-hati menjaga sebiji telur di mulutnya, menerusi laman Twitter.

“Makcik saya ada membaca bahawa anjing baka tersebut mempunyai mulut yg agak lembut kerana mereka mampu memasukkan telur dalam mulut mereka tanpa memecahkannya. Oleh itu, dia mencuba pada anjingnya” tulis remaja itu yang menggunakan nama @laurdeyfuss.

Video Haley kemudiannya ditonton lebih 7 juta kali di Twitter sahaja. Selepas itu, bermulalah ‘Cabaran Telur untuk Golden Retriever’ dan menjadi trend di internet. Anjing yang terdiri daripada baka yang berbeza turut mengambil peluang untuk mencuba dan hasilnya berbeza.

Menurut @mullaby, beliau mencuba cabaran itu pada anjingnya, Missy. Ia berjaya dengan sangat baik.

Untuk @curtislepore pula, anjingnya berusia 8 bulan berbaka Boston Terrier bernama Watson, tidak terkecuali untuk mencuba cabaran ini.

“Saya cuba menguji teori yang mendakwa anjing baka Golden Retriever mempunyai mulut yang agak lembut dan tidak akan memecahkan telur yang berada di dalam mulut mereka, tetapi anjing saya pula takut akan telur”, tulis @A_Lock1

Menurut @NewtonConner, ibu bapanya melakukan cabaran berkenaan pada anjing baka Golden Retriever dan ini hasilnya.

@LB_Arnold pula berkongsi cabaran telur versi anjingnya, Zeke; ia lari selepas mendapatkan telur, melindungi telur seperti anaknya, memecahkan telur di atas permaidani, merayu utuk mendapatkan telur lagi dan buat masa ini merajuk kerana saya tidak mengizinkannya memakan telur.

@callieplake pula berkata menerusi tweetnya, semua anjing baka Golden Retriever kini sedang mencuba cabaran ini, tetapi beliau tidak mempunyai anjing baka tersebut, lalu melakukannya pada anjing baka Husky.

Menerusi tweet daripada @blvssoms pula, beliau berkata bahawa beliau telah mencuba.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds