Zaman sekarang adalah zaman teknologi, di mana hampir kesemua penduduk di dunia ini memiliki telefon pintar yang lengkap berkamera untuk kemudahan mereka mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Tetapi berbeza dengan kejadian ini di mana bayi berusia tiga bulan buta akibat terdedah kepada pancaran cahaya kamera pada jarak dekat. Mendakwa ia lupa ditutup pihak yang mengambil gambar bayi tersebut.

Doktor pakar mengatakan bahawa bayi itu mendapat penderitaan yang tidak dapat dipulihkan akibat terdedah kepada pancaran cahaya kamera pada jarak lebih kurang 10 inci daripada bayi lelaki tersebut.

Ibu-bapa kemudian syak sesuatu bahawa ada yang tidak kena dengan penglihatan terhadap bayi tersebut sejurus gambarnya diambil menurut laporan People Daily Online.

Bayi berusia tiga bulan buta setelah rakan saudara terlupa menutup pancaran cahaya kamera ketika mengambil gambarnya

Akibat kejadian itu, bayi itu terpaksa menderita akibat penglihatan pada mata kirinya terjejas dan buta sepenuhnya pada mata kanan.

Kecederaan tersebut dikatakan tidak dapat disembuhkan walaupun dengan hasil pembedahan.

Pancaran cahaya yang kuat mengakibatkan kerosakan sel macula yang sebahagian daripada fokus mata untuk penerimaan pancaran cahaya. Kerosakan terus pada macula menyebabkan hilangnya penglihatan secara terus.

Difahamkan macula  belum berkembang sepenuhnya dan penglihatan mereka amat sensitif terhadap cahaya terang pada kadar ini, sehinggalah usia mereka mencecah empat tahun.

Pakar juga mengatakan apabila bayi terdedah kepada sinar cahaya, mereka akan menutup mata sebagai tindakan refleks.

Mereka menambah ibu bapa juga harus mengambil perhatian ketika memandikan bayi mereka kerana cahaya lampu di kamar mandi boleh mendatangkan risiko kerosakan pada mata, di mana hanya beberapa milisaat sahaja boleh mengundang kerosakan kekal.

Bahagian mata di mana fungsinya sebagai fokus terhadap cahaya. Pancaran cahaya yang kuat telah merosakkan sel pada macula.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds