Kedengaran seperti filem Korea yang berjudul “Train to Busan”, di mana pada awal babak filem tersebut kelihatan seekor rusa yang telah dijangkiti penyakit bangkit semula selepas ia mati dan seterusnya merebak ke arah manusia.

Namun di alam nyata penyakit berbahaya itu telah merebak ke serata Amerika Syarikat dan Kanada. Pakar juga memberi amaran bahawa penyakit ini berkemungkinan akan menular kepada manusia.

Penyakit Chronic Wasting Disease (CWD) juga dikenali sebagai Penyakit Zombi Rusa (Zombie Deer Disease) telah dilaporkan kes pada 22 negeri dan beberapa wilayah Kanada.

Jangkitan terhadap penyakit ini biasanya menyerang bahagian otak, saraf tunjang dan tisu-tisu lain.

Tanda-tanda serangan yang ditunjukkan adalah seperti penurunan berat badan secara drastik, ketidakseimbangan pergerakan badan dan bersifat agresif sebelum mati.

Walaupun belum ada laporan kajian menyatakan bahawa penyakit itu boleh dijangkiti kepada manusia, tetapi berdasarkan uji kaji terhadap seekor kera mengatakan penyakit itu boleh dihidapi selepas kera tersebut makan daging rusa yang telah dijangkiti. Ini secara tidak langsung manusia juga berpotensi menjadi mangsa penyakit tersebut pada masa akan datang.

Amaran tentang “Penyakit Zombi Rusa” (Zombie Deer Disease) menggambarkan penyakit tersebut hampir serupa dengan wabak lembu gila.

Bagaimanapun buat masa ini menurut Colorado Public Radio, belum ada bukti mengatakan bahawa daging yang dicemari jangkitan itu boleh membahayakan manusia.

Jangkitan pertama penyakit itu bermula 50 tahun lalu, di mana Colorado adalah tempat kejadian penyakit tersebut.

Haiwan ternakan mahupun liar, kesan yang ditunjukkan adalah mengerikan dan mengambil masa bertahun-tahun bagi haiwan yang dijangkiti untuk menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut.

Nama penyakit itu dipetik berdasarkan sifat aneh haiwan-haiwan yang telah dijangkiti berdasarkan renungan kosong dan juga tulang rusuk yang terdedah menyebabkan mereka lama-kelamaan mati.

Para saintis juga berusaha untuk memahami penyakit tersebut seperti penularannya dan bagaimana ia boleh berubah sifat.

Menurut Colorado Public Radio pada musim akhir memburu, ujian Chronic Wasting Disease telah dijalankan di beberapa kawasan oleh Jabatan Taman dan Hidupan Liar Colorado.

Walaupun ada yang beranggapan bahawa manusia tidak dijangkiti adalah disebabkan oleh “spesies pelindung” yang menghalangnya daripada berjangkit kepada manusia selepas rusa. Namun hasil penemuan terbaru kali ini harus tidak diambil remeh untuk mengelakkan risiko.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds