Keadaan cuaca yang ekstrem bukan sahaja boleh memberi kesan kepada persekitaran alam dan manusia, tetapi juga terhadap pelbagai benda yang berada disekelilingnya.

Perubahan cuaca yang agak melampau boleh menganggu kehidupan manusia dan haiwan yang tinggal di kawasan terbabit. Contohnya apabila cuaca menjadi terlalu sejuk atau terlalu panas, sehingga boleh membahayakan nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesihatan.

Kredit: You Tube/ The AIO Entertainment

Baru-baru ini kisah cuaca sejuk melampau yang menjadi tular telah memperlihatkan kesukaran seorang budak lelaki di China yang meredah cuaca sejuk di bawah takat beku -62 darjah celsius untuk ke sekolah sehingga rambutnya memutih dan membeku bersama tangannya yang hampir terkena reput fros.

Jika manusia terasa kesan akibat suhu sejuk tahap beku melampau ini, bagaimana kesannya terhadap pelbagai benda lain yang berada di sekeliling?

Video di bawah telah menunjukkan seorang yang berada di kawasan paling sejuk dengan suhu takat beku paling ekstrem telah memecahkan sebiji telur mentah di atas permukaan keluli di luar rumahnya.

Kredit: You Tube/ The AIO Entertainment

Amat mengejutkan dalam jangka masa beberapa saat sahaja, telur mentah ini mula membeku. Dengan durasi rakaman video selama 1.o3 minit itu, jelas dapat dilihat lapisan ais dengan segera telah terbentuk dan membeku di atas permukaan telur tersebut.

Rakaman video ini telah diambil di wilayah Huzhong di China pada 21 Januari 2018. Wilayah ini merupakan wilayah paling sejuk di China.

Bersama rakaman telur ini yang membeku ini, air yang dituang ke atas pagar keluli juga membeku dengan cepat. Manakala mee segera dalam mangkuk dengan segera telah membeku dalam masa beberapa saat semasa ia ditarik bersama kayu copstiknya sekali.

Lihat video mengagumkan dengan cuaca sejuk ekstrem ini di bawah:

 Sumber : TheIndianEXPRESS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds