Sejak kecil lagi kita berimpian untuk melihat atau memiliki kereta ‘angkasa lepas’. Namun, ia bukan mimpi lagi. Michael Vetter, jurutera mekanikal di Florida, Amerika Syarikat telah mengubah suai kereta sedan biasa menjadi kereta angkasa lepas atau dipanggilnya ‘ETV’.

Michael Vetter, 42, memiliki bengkel kereta sendiri dan dia mendapat idea apabila tidak dapat memasukkan kerusi bayi kepunyaan anak perempuannya ke dalam keretanya. Lalu, dia memutuskan untuk mengubah suai kenderaan itu mengikut keperluan mereka. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana Michael Vetter mengubah suai kereta biasa menjadi kereta yang sangat menakjubkan!

Badan kereta dipisahkan daripada kerangka dan beberapa bahagian tambahan dikimpal untuk menjadikannya lebih panjang dan lebar

Rupa kereta selepas badan dipisahkan daripada kerangka

Badan baru yang diperbuat daripada gentian kaca sudah bersedia untuk dipasang dan dicat

Gentian kaca adalah bahan yang sesuai dan mudah untuk membuat lengkungan yang sekata

Bentuk badan kereta baru kelihatan seperti kereta masa hadapan

Keretanya dijual dengan harga $80,000 hingga $250,000

Kereta yang diubah suai oleh Michael Vetter boleh digunakan secara sah di atas jalanraya dengan kelajuan sehingga 100 batu per jam

Dia telah mengubah suai pelbagai kereta, termasuklah Porsche Boxter dan Toyota Prius

Sejak tahun 1998, pelbagai jenis enjin dipasang ke kereta Vetter

Daripada 98 kuasa kuda sehinggalah 300 kuasa kuda, sangat mengagumkan!

Pintu juga dibentuk seperti sayap supaya kelihatan lebih moden

Gentian kaca digunakan kerana ia memudahkan kerja Vetter untuk membuat pelbagai reka bentuk

Casis kereta dikimpal bersama badan kereta untuk mengekalkan keselamatan kereta tersebut

Dia juga mengubah suai kereta mengikut kesesuaian negara tertentu

Kereta ciptaan Vetter telah menarik perhatian ramai orang

Lampu kereta lain digunakan oleh Vetter mengikut citarasanya sendiri dan cermin kereta direka khas yang berkos tinggi.

Vetter telah membuat impian kita menjadi nyata. Kereta-kereta yang telah diubah suai olehnya ternyata sangat menakjubkan. Adakah anda berminat untuk menempah sebuah kereta ‘angkasa lepas’ ini?

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Automobil GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds