Berita Sains & Teknologi, GAYA HIDUP

Bermula 10 Febuari ini komputer riba jenama Avita sudah boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM688!

Bermula 10 Febuari ini komputer riba jenama Avita sudah boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM688!

Bagi yang sedang mencari-cari komputer riba baru untuk dibeli ini adalah berita baik untuk anda.

Tidak lama lagi sebuah jenama komputer riba baru akan mula memasuki pasaran sekaligus dapat membantu anda membuat pilihan  untuk memiliki komputer riba seperti yang diidamkan.

Komputer riba berjenama Avita dikatakan akan mula dijual dengan harga serendah RM688.

Sumber: Chinese VR Zone

Avita yang merupakan jenama Amerika Syarikat telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia di bawah Syarikat Nexstgo yang berpangkalan di Hong Kong.

Jenama itu mula menembusi rantau ini tahun lepas di Hong Kong, Singapura dan Taiwan sebelum memasuki Malaysia pada Februari tahun ini.

Sumber: The Star

Harga yang diawarkan adalah sekitar RM1,799 hingga RM4,399 bergantung pada spesifikasi komputer riba.

Sebagai sebahagian daripada pelan promosi pelancaran jenama itu, mereka menawarkan harga serendah RM688 daripada harga sebenar RM2,299 untuk memiliki model 13.3in. Tawaran hebat ini terbuka kepada 50 pelanggan pertama yang bertuah !

Sumber: Ezone

Terliur dengan tawaran hebt ini? Anda hanya perlu pergi ke kedai mereka di Notebook Pro di Digital Mall di Petaling Jaya atau di Firestorm Digital di Low Yat Plaza pada 10 Febuari ini!

Komputer riba ini direka untuk kemudahan pengguna terutama bagi golongan muda.

Bagi yang sudah bosan dengan warna hitam, kelabu atau perak anda boleh memilih 10 daripada warna cantik yang ditawarkan sesuai dengan keperibadian anda.

Antara warna menarik lain yang ditawarkan ialah Angel Blue, Champagne Gold, Lilac Fragrant, Matt Black, Pearl White, Princess Pink, Space Grey dan Urban Ruby.

Sumber: Stuff Taiwan

Di samping itu, Avita juga memberitahu mereka akan menambah beberapa lagi warna pada masa akan datang.

Jika warna-warna ini masih tidak memuaskan anda dan anda ingin mereka sendiri warna komputer riba, jangan risau kerana Avita juga bersedia untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menjelang akhir tahun 2018, anda dikatakan sudah boleh mereka sendiri corak komputer riba selaras dengan kehendak anda. Hal ini kerana syarikat itu mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan pereka tempatan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut kepada para pelanggan.

Sumber: Cool 3C

Komputer riba seterusnya yang akan dilancarkan di Malaysia adalah Nexstgo Primus dan cermin pintar yang dikenali sebagai Imago, yang dijangka muncul di pasaran pada bulan Mac. Primus adalah komputer riba yang tahan lasak dan tahan lama.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...