Aneh, GAYA HIDUP, Idea Gajet, INSPIRASI, Pendidikan, Ria

Akibat secara membuta tuli mempercayai penunjuk arah GPS, sebuah kenderaan SUV terhumban ke dalam tasik

Akibat secara membuta tuli mempercayai penunjuk arah GPS, sebuah kenderaan SUV terhumban ke dalam tasik

Teknologi mungkin boleh membuat kehidupan kita menjadi lebih mudah, selesa dan pantas. Akan tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung dan mempercayai kepada kemudahan teknologi kerana ia mungkin boleh membawa kemudaratan kepada diri seperti yang telah berlaku kepada pemandu kenderaan SUV di Vermont, Amerika Syarikat ini.

Dalam insiden ini seorang pemandu kenderaan SUV telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada alat pemandu arah dengan applikasi GPS di telefon pintarnya untuk mencari lokasi yang tidak dikenali sehingga telah tersalah menuju arah ke atas Tasik Champlain yang sedang membeku.

Kredit foto: Facebook/ Mike Czarny

Semasa kejadian, kenderaan ini telah dipandu dengan panduan arah applikasi GPS yang membawa bersama dua orang penumpang di dalamnya.

Menurut laporan yang telah diberikan oleh pihak polis dan media, trio canggih ini telah meminjam kenderaan SUV Jeep Compass yang dilengkapi sistem panduan arah GPS yang boleh disambung melalui applikasi telefon pintar. Mereka telah mempercayai dengan sepenuhnya panduan arah yang diberikan yang mengarahkan mereka supaya memandu terus ke hadapan, sehingga ia ‘terus ke hadapan’ dan menghumban kenderaan tersebut ke dalam tasik yang sedang membeku.

Mujur tasik tersebut sedang membeku dan kesemua mereka telah sempat menyelamatkan diri. Namun tidak lama kemudian, tasik itu tidak dapat menahan berat kenderaan tersebut dan ia mula merekah dan menenggelamkan kenderaan SUV tersebut.

Selepas kejadian, hanya bahagian belakang kenderaan SUV berkenaan telah dilihat kelihatan timbul dari dalam tasik itu dan ia telah berjaya dikeluarkan oleh pihak berkuasa tidak lama kemudian.

Menurut pemilik kenderaan SUV tersebut yang bernama Tara Geurtin kepada media, “Saya menjadi kelu tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian saya bertanya, ‘Semua yang berada di dalam selamatkah?’ Kerana dengan kejadian seperti ini selalunya boleh membawa akibat yang buruk. Nasib baik semua yang berada di dalamnya telah selamat. Itu sahaja yang penting!”

Kredit foto: Facebook/ Mike Czarny

Menurut laporan, ketika kejadian, pemandu kenderaan telah menggunakan applikasi pemandu arah Waze melalui telefon pintarnya. Syarikat Google yang mereka cipta applikasi ini tidak memberikan apa-apa penjelasan tentang bagaimana sistem GPS ini telah melencong dari arah yang sebenar sehingga menuju ke dalam tasik.

Penggunaan applikasi Waze menjadi pilihan ramai pengguna telefon pintar di seluruh dunia dalam memberi panduan arah dan pencarian lokasi dalam tempoh masa, perjalanan dan panduan arah yang boleh dikatakan agak tepat dan boleh dipercayai.

Namun mungkin kita tidak mengetahui, teknologi dan manusia tidak boleh menjadi begitu sempurna. Teknologi itu hanya sebagai panduan memberi sedikit kesenangan dan kemudahan. Deria manusia dengan fikiran dan perasaan pula masih perlu menjadi keutamaan dalam membuat sebarang keputusan.

Sumber: TheIndianEXPRESS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...