Syarikat gergasi runcit dalam talian, Amazon telah mengeluarkan pengering rambut daripada laman webnya selepas sebuah video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan pengering rambut tersebut meniupkan api bukannya udara panas.

Erika Augthun Shoolbred dari South Carolina memuat naik video yang mengejutkan ke laman Facebooknya, pengering rambut berjenama OraCorp berubah menjadi obor api – dan ia menakutkan.

Dia menulis: “Bercakap tentang hari rambut yang buruk! Pengering rambut baru saya (lebih seperti penggoreng rambut) berjenama OraCorp yang dibeli di Amazon.com menjadi obor api apabila pertama kali saya menggunakannya pagi ini. Ia menyebabkan kecederaan kecil di tangan saya dan bilik mandi saya berbau teruk – syarikat itu masih belum bertindak balas terhadap aduan atau video saya.”

Pengering rambut yang dimaksudkan, Pengering Rambut Gred Profesional OraCorp, yang dibeli oleh Shoolbred pada harga  $ 19,99 (RM78) telah dikeluarkan daripada laman web tersebut, tetapi menurut Shoolbred, syarikat itu belum lagi memberi respon kepadanya mengenai kejadian itu.

Walau bagaimanapun, Amazon “memulangkan kembali wang saya dan memberi saya maklumat syarikat itu.”

Menurut Shoolbred, pengering rambut yang rosak itu dibuat di China yang datang dengan kotak yang tertulis “Paradise Twinklers” – dan ketika dia cuba mematikannya, suis off hanya menjadikannya lebih berapi.

Orang-orang di Facebook Shoolbred terkejut dengan kejadian itu, salah seorang daripada mereka menggambarkannya sebagai “mimpi ngeri”.

Seorang lagi menulis: “Mengerikan! Bagaimana jika anda telah menggunakannya di kepala anda ?! ”

OraCorp, syarikat yang mengeluarkan pengering berapi itu, nampaknya menjual produknya secara eksklusif di Amazon.com – dengan penarafan bintang empat dan setengah di laman web itu.

Jenama ini juga dilaporkan menjual pelbagai produk di Amazon.com seperti bulu mata palsu dan lain-lain.

Walaupun produk pengering rambut tersebut dikeluarkan daripada laman web Amazon.com, produk lain yang berkaitan dengan rambut masih lagi dijual.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds