Arkeologi, SAINS & TEKNOLOGI

Dicairkan selepas tertanam dan membeku selama 39,000 tahun, spesimen mamot dalam keadaan terpelihara terbaik dipamerkan di Jepun

Dicairkan selepas tertanam dan membeku selama 39,000 tahun, spesimen mamot dalam keadaan terpelihara terbaik dipamerkan di Jepun

Jika anda sukakan sejarah dan bidang arkeologi, haiwan prasejarah serta perkara aneh yang hebat, pasti penemuan ini akan menarik perhatian anda. Para saintis telah berjaya menemui spesimen mamot dalam keadaan terpelihara paling terbaik di Siberia. Penemuan mamot dalam keadaan terbaik ini merupakan  satu penemuan terpenting dalam sejarah penemuan spesies haiwan prasejarah yang telah pupus dalam keadaan terpelihara.

Mamot betina yang masih gebu dan berbulu lebat ini telah tertanam di dalam kubur berais di Siberia selama 39,000 tahun, yang telah dipamerkan di sebuah pusat pameran di Jepun dan menarik perhatian pelawat pada tahun 2013.

Walaupun sudah tertanam dalam tempoh yang lama, dengan rupa yang sedikit kabur tetapi ia boleh dikenal pasti sebagai spesies mamot. Rupanya serba sedikit seperti patung haiwan yang biasa dilihat. Akibat berada di dalam bongkah ais glasier selama beribu tahun, keadaan saudara kepada spesies gajah ini dapat dipelihara dan dikekalkan dengan sifatnya seperti yang asal. Dapat juga dilihat rimbunan rerambutnya masih kekal seperti ia tidak disentuh oleh masa.

Di bawah adalah imej mamot berkenaan yang telah dipamerkan di pusat pameran Yokohama, yang mana telah menarik perhatian ramai yang mahu melihat dengan lebih dekat spesies mamot yang telah pupus sejak ribuan tahun yang lalu di hadapan mata mereka.

Tisu otot yang masih terpelihara juga ditemui. Mamot ini dipercayai berusia diantara 50 sehingga 60 tahun apabila ia telah mati dan tertanam dengan baik dengan keadaan terpelihara di sebuah pulau berdekatan pesisir pantai Siberia.

Walau bagaimanapun, dua kaki dan bahagian atas tubuh yang tertanam di tanah telah diusik sedikit oleh haiwan pemangsa. Namun begitu, spesimen ini masih terpelihara dengan baik  seperti mana yang telah dilihat oleh para pelawat pada hari ini. Dipercayai terdapat 150 juta spesimen mamot yang wujud dan telah tertanam di dalam tanah yang membeku dengan dilitupi ais di kawasan Artik dan Antartika tetapi tidak mendapat akses dan boleh dicari gali.

Usia seekor mamot boleh diketahui dengan melihat dan menilai daripada belalainya dan koloni terakhir kumpulan mamot yang dipercayai masih hidup pada waktu itu ialah di Pulau Wrangel, tidak jauh daripada pesisir pantai Siberia.

Kredit foto: Video Screenshot /Dailymail

Lihat video di bawah:

Sumber: NTD.TV

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...