Keluarga, Kisah Inspirasi, Pesona

Wanita ini dipaksa memilih sama ada menggugurkan kandungan atau masuk ke wad mental dan pilihannya itu membuatkan dia berbahagia pada hari ini

Wanita ini dipaksa memilih sama ada menggugurkan kandungan atau masuk ke wad mental dan pilihannya itu membuatkan dia berbahagia pada hari ini

Pada awal 1960-an, Julie Mannix, seorang sosialit yang berusia 19 tahun dari Philadelphia telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Frank, seorang lelaki biasa yang dikatakan tidak setaraf dengan keluarga Mannix yang kaya-raya itu. Julie walau bagaimanapun telah disahkan hamil pada usia yang sangat muda.

Ayah Julie merupakan pengarang buku The Fox and the Hound yang terkenal kerana Disney telah mengadaptasi karya itu menjadi sebuah filem animasi.

Julie dan keluarganya menjalani kehidupan yang penuh dengan glamor.

Semasa pemeriksaan doktor dilakukan, ahli keluarga Mannix telah mendapati Julie hamil, tetapi mereka hanya memaklumkan berita itu kepada ibunya sedangkan Julie tidak diberitahu. Ibunya yang merupakan penganut Katolik mula takut berita yang memalukan ini akan diketahui umum. Dia juga sanggup melakukan segala-galanya untuk menyembunyikan kehamilan Julie.

Debutante Julie Mannix baru berusia 19 tahun ketika dia disahkan hamil.

Melahirkan anak sebelum berkahwin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh keluarga Julie. Ibu bapanya sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencipta kebohongan untuk menyembunyikan kehamilan anak perempuan mereka. Mereka sengaja mendiagnosis Julie dengan penyakit “tertekan yang melampau” sehingga Julie terpaksa dikurung di hospital mental, di mana pengguguran boleh dilakukan secara sah.

Ayah Julie adalah pengarang The Fox and the Hound“.

Pada tahun 1963, pengguguran dianggap haram kecuali dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan menjaga kesejahteraan fizikal dan mentalnya. Julie enggan menggugurkan kandungannya kerana dia ingin melihat dan menjaga sendiri bayi yang dikandungnya.

Ibu bapanya telah menafikan kehamilannya dan menghantarnya ke hospital mental.

Julie dikatakan telah bertemu dengan Frank von Zerneck, seorang lelaki Yahudi berusia 23 tahun semasa musim panas di sebuah teater di Westbury di Long Island. Cinta mereka walau bagaimanapun berakhir pada akhir musim panas tersebut kerana rupa-rupanya Frank sudah berkahwin. Apa yang lebih menyedihkan ialah sewaktu Julie mendapati dia telah mengandung.

Julie dikurung di hospital selama enam bulan sehingga air ketubannya pecah.

Dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat bernama Aimee.

Pada 19 April 1964, Julie melahirkan seorang bayi perempuan yang comel bernama Aimee. Walau bagaimanapun, dia hanya dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya itu sebentar sahaja sebelum dia terpaksa menyerahkan Aimee untuk diadopsi.

Frank kemudian telah menceraikan isterinya semasa Julie berada di wad mental. Dia cuba menghubungi Julie setiap hari melalui telefon dan surat tetapi ibu bapa Julie berjaya menghalang hubungan mereka.

Julie kemudian berpindah ke New York untuk meneruskan karier sebagai pelakon selepas kecewa dengan sikap keluarganya.

Julie memulakan hidup barunya di New York. Dia dan Frank kemudian berhubung semula dan telah berkahwin pada 15 Januari 1965.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak.

Tetapi setiap tahun pada 19 April, pasangan itu akan meraikan ulang tahun kelahiran Aimee.

 

Sementara itu, Aimee yang ditukarkan nama kepada Kathleen “Kathy” Marie Wisler, telah diserahkan kepada sebuah keluarga yang penyayang. Dia dibesarkan bersama dua orang saudara lelaki yang sangat disayangi. Beberapa tahun setelah kematian ibu bapa angkatnya, Kathy memutuskan untuk mencari semula ibu kandungnya.

Pencarian Kathy kemudian membawanya ke halaman IMDB Julie. Setelah diperiksa dan diteliti dia merasakan bahawa Julie itu adalah ibu kandungnya dan Kathy akhirnya telah menulis sepucuk surat kepada Julie.

Pada bulan November 2008, Kathy mendapat panggilan dari Julie yang mengatakan bahawa dia adalah ibunya. Kathy terkejut kerana akhirnya dia dapat mendengar suara wanita yang telah lama dicarinya. Dia juga dapat bercakap dengan Frank melalui telefon.

Kathy dan Julie akhirnya bertemu selepas lebih daripada empat dekad terpisah.

Mereka memutuskan untuk bertemu di New York City.

Akhirnya keluarga ini dapat bersama semula. Menurut Kathy dia tidak menyangka akan menjadi anak perempuan semula kepada ibu bapa kandungnya. Frank dan Julie gembira dan bahagia apabila dapat bersama anak-anak mereka Danielle, Frank Jr, dan Kathy Hatfield.

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...