Pada November tahun lalu, seorang lelaki warga Thailand bernama Jirawut Pongphan telah membeli tujuh keping tiket loteri dengan nombor yang sama dengan harapan agar memenangi ganjaran wang sebanyak enam kali ganda.

Menurut laporan Sin Chew, Jirawut yang berusia 42 tahun ini telah mendapat tuah besar apabila nombor loterinya memenangi ganjaran sebanyak RM5,200,000!

Money Crashers

Gembira dengan kemenangan besar ini, Jirawut telah menjemput seluruh ahli keluarga dan sahabat rapat untuk meraikannya. Namun, pada keesokan hari sebaik sahaja Jirawut bangun dari tidur, dia mendapati tiket loterinya sudah hilang.

Sing Tao Daily melaporkan kehilangan tersebut mengakibatkan Jirawut menjadi murung, tertekan dan sedih yang melampau. Malah, dia turut enggan pergi bekerja sejak kejadian tersebut.

Medical News Today

Setelah kira-kira dua bulan mengalami kemurungan, Jirawut akhirnya memutuskan untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan menembak kepalanya sendiri.

On Cc News

Pada 31 Januari, pihak polis telah menemui mayat Jirawut di dalam biliknya dengan sepucuk pistol dan sehelai nota yang tertulis:

“Saya minta maaf, tolong jangan buli keluarga saya, saya benar-benar menang hadiah loteri itu.”

China Press

Pengakhiran hidup yang cukup memilukan. Inilah yang terjadi apabila manusia terlalu berharap pada sesuatu tanpa berfikir secara rasional serta mempercayai kuasa takdir Tuhan.

Jika ia bukan rezeki kita, ia tetap tidak akan menjadi milik kita. Kesenangan itu tidak akan datang bergolek, kita sendiri yang harus berusaha sehabis baik untuk memperolehnya.

Sumber: SAYS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds