Pada suatu ketika dahulu, semasa Dinasti Qing (1647-1683) tinggal seorang jutawan bernama Jin Shan di sebuah kampung bernama Xia Chuan di Yunnan. Jin Shan hidup bahagia dengan sembilan orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Walau bagaimanapun, dia adalah seorang yang sombong dan sentiasa berbangga diri kerana kekayaan yang dimilikinya.

Pada suatu hari, Jin Shan bertanya kepada semua anaknya, “Anak-anakku, siapakah yang memberikan semua kekayaan ini kepadamu?”

Dia mengharapkan, semua anaknya akan menjawab bahawa semua kekayaan yang mereka miliki datangnya daripada bapa mereka yang kaya. Walau bagaimanapun, anak perempuan tunggalnya, Xiao Mei tidak bersetuju. Dia mengatakan bahawa dia berjaya menjalani hidupnya dengan baik kerana hasil usaha sendiri.

Jin Shan terkejut mendengar kata-kata itu, dia kemudian menghalau anak perempuannya itu dari rumah. Dengan linangan air mata, Xiao Mei pergi meninggalkan kampung tanpa dia sendiri mengetahui destinasi yang harus dituju.

Dia hanya mengikut kudanya dengan membiarkan kuda pergi ke mana sahaja yang dia mahu pergi. Mereka berdua kemudian tiba di halaman sebuah rumah kecil. Rumah itu didiami oleh seorang ibu dan anak lelakinya yang kedua-duanya bekerja sebagai petani.

Dia kemudian memberanikan diri untuk meminta kebenaran mereka untuk bermalam di rumah itu. Xiao Mei memberitahu mereka akan semua perkara yang terjadi kepadanya sambil menangis menahan kesedihan.

Wanita itu dan anaknya berasa simpati akan apa yang berlaku kepada Xiao Mei. Mereka bahkan tidak sampai hati untuk membiarkan Xiao Mei pergi lalu mereka telah meminta Xiao Mei untuk terus tinggal bersama mereka selagi dia mahu.

Xiao Mei dan anak lelaki wanita itu, Li Ming kemudian telah berkahwin. Setahun kemudian mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel.

Beberapa dekad kemudian, ketika Xiao Mei dan Li Ming tiada di rumah, datang seorang lelaki tua yang meminta sedekah di rumah mereka. Anak Xiao Mei yang ketika itu berada di rumah bertanya kepada orang tua itu, “Mengapa kamu menjadi pengemis? Tidakkah kamu mempunyai anak yang boleh menjaga kamu? “

“Saya mempunyai sembilan anak lelaki dan seorang anak perempuan tetapi semua anak lelaki dan menantu saya terlalu malas untuk bekerja dan mereka hanya ingin menghabiskan semua kekayaan saya. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa lagi, mereka meninggalkan saya sendiri,” kata pengemis itu.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan tetapi saya sangat kejam ketika itu sehingga saya sanggup menghalau dia keluar dari rumah dan sekarang saya tidak tahu di mana dia berada. Saya rasa menyesal dengan apa yang saya lakukan,” tambah pengemis itu.

Pada masa itu, Xiao Mei dan suaminya baru pulang dari kerja dan tidak lama selepas itu Xiao Mei mulai sedar bahawa lelaki tua itu sebenarnya adalah ayahnya. Dia tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis ketika melihat ayahnya.

Jin Shan berasa malu ketika dia menyedari bahawa rumah itu sebenarnya adalah rumah anak perempuannya. Dia segera mahu beredar dari situ tetapi dihalang oleh Li Ming dan ibunya. Mereka kemudian hidup bahagia bersama tetapi tidak lama selepas itu Jin Shan jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Kisah yang menyayat hati ini merupakan kisah sembilan orang anak yang memberontak yang tidak menghadiri pengebumian ayahnya, tetapi satu-satunya anak yang telah mengabdikan diri kepada bapanya hingga akhir hayatnya ialah  Xiao Mei.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds