GAYA HIDUP, Idea Gajet

Selepas aplikasi “Count the Kicks” memberi amaran kepadanya, ibu hamil ini segera menuju ke hospital…

Selepas aplikasi “Count the Kicks” memberi amaran kepadanya, ibu hamil ini segera menuju ke hospital…

Apabila kandungan kedua Emily Eekhoff, dari Waukee, sudah masuk ke minggu 28, dia mula menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai “Count the Kicks” untuk memantau pergerakan bayinya, seperti yang dilakukan semasa kehamilan pertamanya. Dia juga mengatakan bahawa aplikasi itu dapat menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan.

Setiap hari Eekhoff akan memastikan dia merasakan 10 kali pergerakan bayi dalam kandungannya dalam masa satu jam. “Saya tahu pergerakan itu penting,” katanya kepada TODAY.

“Ia menunjukkan bahawa bayi itu masih hidup dan membesar dengan baik serta memberi jaminan bahawa segala-galanya adalah dalam keadaan baik-baik sahaja apabila saya dapat merasa 10 kali pergerakan bayi.”

Posted by Emily Eekhoff on Thursday, July 6, 2017

Posted by Emily Eekhoff on Thursday, December 7, 2017

Posted by Emily Eekhoff on Thursday, December 7, 2017

Walau bagaimanapun, ketika kehamilannya memasuki minggu 33, pergerakan bayinya mulai berkurang. Eekhoff yang sangat bimbang akan keadaan kandungannya segera ke hospital, di mana dia telah menjalani C-section.

Posted by Emily Eekhoff on Friday, November 17, 2017

Apabila anak perempuannya, Ruby, dilahirkan, doktor melihat bahawa tali pusat anaknya telah terlilit di lehernya  sebanyak tiga kali.

“Ada kemungkinan bayi itu tidak dapat bertahan hidup lebih lama,” kata Neil Mandsager, pengarah perubatan di Perinatal Center of Iowa di Mercy, kepada ABC News.

“Aplikasi itu membantu saya mengenali corak pergerakan bayi saya sehingga apabila corak itu berubah, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena,” kata Eekhoff.

Ruby walau bagaimanapun terpaksa ditahan di hospital selama 20 hari dan hanya dibenarkan pulang pada 19 Jun, 2017.

Bercerita mengenai pengalamannya sendiri, Eekhoff berharap ibu hamil yang lain juga akan memberi perhatian kepada tubuh mereka. Menurutnya lagi, para ibu perlu lebih peka terhadap perubahan tubuh mereka serta perubahan yang berlaku pada janin mereka. Jika ada sesuatu yang tidak kena mereka boleh mendapatkan  bantuan  dengan segera.

Aplikasi ini telah dicipta pada tahun 2009 oleh sekumpulan lima orang wanita yang telah kematian anak mereka ketika dalam kandungan serta meninggal sebaik sahaja dilahirkan. Mereka berharap agar aplikasi itu dapat mengelakkan kejadian-kejadian pahit seperti telah mereka alami berlaku kepada ibu-ibu lain.

© YouTube | Good Morning America

Emily Price, pengarah eksekutif aplikasi itu berkata aplikasi itu telah berjaya menurunkan kadar kematian bayi yang baru dilahirkan di Iowa kepada 26 peratus.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...