INSPIRASI, KESIHATAN

“Saya tidak pernah merokok walau sebatang rokok seumur hidup ini, tetapi kini saya telah kehilangan pita suara”, rintihan nenek berusia 70 tahun

“Saya tidak pernah merokok walau sebatang rokok seumur hidup ini, tetapi kini saya telah kehilangan pita suara”, rintihan nenek berusia 70 tahun

Semua mengetahui terutamanya bagi perokok bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Namun begitu, ramai yang tidak tahu, perokok juga sebenarnya membawa risiko kepada ahli keluarga untuk terjebak sama dengan masalah kesihatan yang dibawa kesan dari merokok.

Nalini Satyanarayan adalah salah seorang mangsa yang mendapat kesan akibat terdedah dengan asap rokok untuk jangka masa yang lama. Wanita berusia 70 tahun dari India ini tidak pernah menyentuh walau sebatang rokok seumur hidupnya, tetapi telah hidup bersama suami yang merupakan seorang perokok tegar.

Kredit : The Better India

Menurut The Better India dan Indian Express, Nalini berkahwin dengan suaminya pada tahun 1972 dan suaminya ini mempunyai tabiat merokok yang sangat berat apabila memikirkan masalah kerja. Nalini tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikan tabiat merokok suaminya.

Semasa suami Nalini berusia 45 tahun, beliau telah mengalami beberapa siri strok sederhana tetapi tidak pernah menghentikan tabiat merokoknya. Lima tahun kemudian, suami Nalini telah mengalami serangan jantung serius yang hampir meragut nyawanya dan sejak itu baharulah tabiat merokoknya dihentikan. Malangnya, sembilan tahun kemudian, suami Nalini meninggal dunia didalam tidur.

Walaupun selepas itu Nalini telah bebas dari menghidu asap rokok selama beberapa tahun, wanita ini tetap telah didiagnos dengan kanser pita suara. Ia bermula pada tahun 2009 apabila suaranya tiba-tiba menjadi lemah dan kesemua ubat yang biasa diambil tidak lagi dapat mengubati keadaan kesihatannya.

Kredit : The Better India

Setahun kemudian, doktor mengesahkan bahawa Nalini telah didiagnos dengan kanser pita suara pada usianya ketika itu 62 tahun.

Menurut Nalini, “Saya menjadi sangat kecewa. Saya tidak pernah merokok walau sebatang rokok seumur hidup saya, tidak menganiaya diri sendiri, namun ini yang terjadi. Kata mereka, saya adalah mangsa kerana merokok secara pasif, kerana saya duduk di sebelah suami saya semasa dia sedang merokok. Saya tidak pernah mendengar perkataan itu sebelum ini.”

Untuk pengetahuan, Nalini berkata, suaminya akan menghisap 18 batang rokok setiap hari semasa hayatnya. Tanpa disedari Nalini telah menjadi seorang perokok pasif, yang menyedut hembusan asap rokok suaminya selama puluhan tahun sejak mereka berkahwin.

Kredit : The Better India

Nalini berkata, “Doktor menjalankan pembedahan dan membuang pita suara bersama kelenjar tiroid. Terdapat satu lubang di hadapan leher saya yang dipanggil stoma dan kini saya makan dan minum menggunakan tiub PEG yang telah disambungkan ke perut.”

Kini dengan galakan anak-anaknya, Nalini kembali bangkit dan berjuang untuk hidup serta berfikiran positif. Nalini bangkit menjadi aktivis yang memperjuangkan pengharaman produk tembakau dan memberi kesedaran kepada semua tentang bahaya merokok dan asap rokok kepada kesihatan.

Nalini dengan positif berkata, “Kini saya belajar bercakap sekali lagi, kembali belajar mengenali huruf, bagaimana memegang saluran angin supaya saya boleh bercakap dan menjaga lubang di leher saya. Saya boleh bernafas menerusi lubang ini dan saya juga boleh bermain seruling melaluinya.”

Kredit : Being You

Nasihat Nalini, “Jangan memandang rendah ancaman perokok pasif. Dan jangan berasa malu untuk memberitahu kepada orang yang anda sayang untuk tidak merokok , untuk diri mereka dan diri anda juga!”

Nalini Satyanarayan sudah kehilangan suaranya, tetapi ini tidak menghalangnya dari memberi inspirasi kepada ribuan perokok yang lain untuk berhenti merokok. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menjadi perokok, nasihati mereka supaya menghentikan tabiat tersebut kerana merokok itu membahayakan nyawa sendiri dan orang tersayang di sekeliling mereka.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...