PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hanya akan menempatkan pramugara sahaja untuk penerbangan ke dan dari Aceh.

Keputusan dibuat selepas pihak berkuasa wilayah Indonesia itu mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim harus memakai hijab ketika tiba di wilayah tersebut atau berdepan dengan hukuman oleh pihak berkuasa.

NST

The Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Aceh telah mengeluarkan surat pada 31 Januari kepada semua syarikat penerbangan yang terbang ke rantaunya dengan mengikut peraturan baru mereka. Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan hukum Syariah yang diberikan pada tahun 2001 sebagai syarat daripada kesepakatan damai dengan pemerintah pusat.

Walaupun Indonesia terdiri daripada majoriti umat Islam, wanita bebas untuk memilih sama ada mereka ingin berhijab atau tidak, kecuali di Aceh. Wanita bukan Islam tidak perlu memakai tudung tetapi mesti berpakaian sopan.

Menurut CNA, keputusan itu dibuat kerana mereka mendapati bahawa para pramugari Muslim tidak memakai tudung semasa di Aceh, yang memaksa mereka mengeluarkan peraturan baru.

The Jakarta Post

Mawardy Ali, ketua daerah Aceh Besar berkata, “Saya berharap syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana syariah (hukum Islam) dilaksanakan. Kami telah mengeluarkan surat tentang peraturan ini kepada syarikat penerbangan menjelang akhir minggu ini. Kemudian, kita akan bercakap tentang hukuman jika kita mendapati terdapat pelanggaran. “

Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda dan Citilink menyokong sepenuhnya langkah ini kerana mereka akan menambah lapisan khas untuk pakaian seragam. Bagaimanapun, AirAsia dan Firefly menggunakan cara lain untuk menyelesaikannya.

“AirAsia akur kepada peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh. Kami komited untuk memastikan kru operasi kami mematuhinya.

Wan Hadii

“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki,” kata AirAsia dalam satu kenyataan ringkas.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat penerbangan itu mungkin hanya akan menempatkan kru lelaki atau bukan Islam dalam penerbangannya ke Acheh.

Ong juga berkata syarikat penerbangan bajet itu sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakaian seragam yang sesuai untuk kru kabin wanita Muslim.

“Kami masih menilai keadaan. Tiada keputusan kukuh telah dibuat,” katanya.

Sumber: WORLD OF BUZZ

 

 

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds