Industri perfileman Hollywood bukan sahaja maju dan canggih dari segi teknologi mlaah mereka juga pakar dalam mengubah rupa seseorang pelakon menjadi watak seperti yang diperlukan di dalam filem. Mereka bahkan menghabiskan berjam-jam untuk tujuan solekan dan hasilnya sangat memuaskan hati. Apa yang menariknya kebanyakan penonton pasti tidak dapat mengecam artis kesayangan mereka yang sedang berlakon kerana wajah mereka telah berubah 100%!

Berikut adalah transformasi artis terkenal Hollywood selepas solekan. Anda pasti tidak percaya kerana rupa-rupanya selama ini merekalah yang memainkan watak kegemaran anda!

15. Tilda Swinton dalam Grand Hotel Budapest, 2014

© Nicolas Liponne/NurPhoto/Sipa US/East News   © Fox Searchlight

Untuk membawa watak Madame D. lama, Tilda Swinton terpaksa menghabiskan 5 jam di kerusi hanya untuk solekan dan 5 jam untuk menghilangkan solekan tersebut.

14. Jared Leto dalam Dallas Buyers Club, 2013

© AFP/EAST NEWS   © Focus Features

Bukan mudah untuk mengubah wajah seseorang yang sihat menjadi individu yang menghidap AIDS. Jurusolek artis ini bahkan telah meminta nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana rupa sebenar seorang yang menghidap AIDS.

13. John Travolta dalam Hairspray, 2007

© Paul Marks/Broadimage/EAST NEWS   © New Line Cinema

John Travolta mengambil masa 14 bulan sebelum bersetuju untuk memainkan watak Edna Turnblad. Pada masa yang ditetapkan, dia terpaksa menghabiskan hampir 5 jam sehari untuk ‘menjadikan’ badannya gemuk seperti yang dimahukan dalam filem itu.

12. Danny DeVito dalam Batman Returns, 1992

© BP/ADM/Capital Pictures/EAST NEWS   © Warner Bros.

Pelbagai kerja dilakukan oleh kru filem untuk mencipta watak ini yang mereka mahu merahsiakan identiti sebenar pelakon watak ini sehingga DeVito sendiri tidak dibenarkan untuk menceritakan tentang watak The Penguin kepada sesiapa sahaja, termasuk ahli keluarga.

11. Jacob Tremblay dalam Wonder, 2017

© Willy Sanjuan/Invision/AP/Fotolink   © Lionsgate

Jacob berkata dia mengambil masa 2 jam untuk bersolek dan memakai anggota badan palsu untuk membawa watak Auggie Pullman. Dia juga berkawan dengan kanak-kanak yang memiliki perbezaan wajah dan perkara itu dapat membantunya untuk memahami wataknya dengan lebih baik.

10. Gary Oldman dalam Darkest Hour, 2017

© MEGA/EAST NEWS   © Focus Features

Untuk membuat perubahan ini berlaku, Oldman telah pergi menemui Kazuhiro Tsuji, bekas jurusolek artis yang mahir. Gary kemudian berjaya ‘memujuk’ Tsuji untuk kembali bekerja dan membantunya untuk membawa watak  Winston Churchill.

9. Charlize Theron dalam Monster, 2003

© AP/EAST NEWS   © Newmarket Films

Transformasi ini adalah kombinasi solekan hebat dan usaha pelakon itu sendiri. Theron dikatakan sanggup berhenti bersenam dan makan makanan sihat semata-mata untuk menambah berat badan seperti yang dimahukan dalam filem ini. Dia juga terpaksa memakai gigi palsu.

8. Robert de Niro dalam Frankenstein, 1994

© EVERETT COLLECTION/EAST NEWS   © TriStar

Robert De Niro berjaya membawa watak Frankenstein dengan bantuan sekumpulan jurusolek artis. Filem ini bahkan telah dicalonkan dalam anugerah Oscar bagi kategori solekan terbaik.

7. John Leguizamo dalam Spawn, 1997

© EAST NEWS   © New Line Cinema

Leguizamo terpaksa menghabiskan berjam-jam untuk bersolek dan sejak itu dia berazam untuk tidak menerima mana-mana watak seperti itu lagi. Tetapi walau bagaimanapun, dia akhirnya alami perkara yang sama setelah terlibat dalam projek siri mini ABC, Arabian Nights.

6. Brad Pitt dalam Case Curious Benjamin Button, 2008

© Visual Press Agency/EAST NEWS   © Paramount

Greg Cannom mengatakan mereka telah melakukan ujian solek seminggu sebelum pengambaran filem dilakukan. Dia mengakui bahawa hampir keseluruhan kejayaan filem itu bergantung padanya.

5. Ralph Fiennes sebagai Lord Voldemort 

© AFP/EAST NEWS   © Warner Bros.

Penampilan yang luar biasa itu dilakukan oleh jurusolek artis yang memenangi anugerah Oscar sebanyak dua kali, Mark Coulier. Dia harus berfikir kreatif kerana masa yang diperuntukan untuk menyolek Fiennes adalah terhad.

4. Dustin Hoffman dalam Hook, 1991

© ASSOCIATED PRESS/FOTOLINK   © TriStar

Filem itu adalah sebuah kejutan yang sangat hebat pada masa itu. Props yang digunakan masih popular dan banyak dijual di internet dan sehingga ini masih ada yang meniru watak ini untuk Halloween.

3. Meryl Streep dalam Angels in America, 2003

© KILPIN / MEGA/EAST NEWS   © HBO

Sukar untuk mengenali Meryl Streep dalam filem ini bukan? Tahukah anda bahawa dia sebenarnya memainkan 4 watak- Hannah Pitt, Ethel Rosenberg, seorang rabbi dan seorang malaikat?

2. Helena Bonham Carter dalam Planet of the Apes, 2001

© BIGPICTURESPHOTO.COM/EAST NEWS   © 20th Century Fox

Solekan yang dilakukan oleh Tim Burton pada 1968 ini sememangnya meninggalkan kesan dan sejarah yang tersendri dalam industri perfileman sehingga kini.

1. Richard Brake dalam Game of Thrones, 2014

© Universal Pictures   © HBO

GOT sememangnya mempunyai kumpulan jurusolek profesionalnya sehingga mereka berhasil mencipta watak  Night King/White Walker yang dibawa oleh Richard Brake.

Sumber: BRIGHT SIDE

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds